Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terom­pah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda sau­daranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar meng­kuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : ; lopak-~; ®lopak IV. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : alas (tikar dll): ~ tilam itu baru saja ditukar. ~ kaki selipar (terompah dll). ~ perut makanan yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tiang alas tiang. berlapik memakai atau mempunyai lapik: Dia duduk di atas lantai yg tidak ~. berlapikkan ada sesuatu sbg lapik: Dia tidur ~ tikar usang. melapik memasang lapik pd atau memberi berlapik: Ibu ~ periuk dgn lekar. ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar. melapiki merupakan atau menjadi lapik pd: Lekar ~ periuk. melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik: Ibu ~ tikar di bawah tilam itu. pelapik sesuatu yg dijadikan lapik atau alas; pengalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapik
Rujuk :alas

Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
form lininglapik acuanlapik acuanlapik acuanKejuruteraan
combustion liner louvreram ruang lapik bakarram lapik bakarram lapik bakarKejuruteraan Kapal Terbang
combustion linerlapisan ruang bakarlapik bakarlapik bakarKejuruteraan Kapal Terbang

Kembali ke atas