Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James

1.  Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux  1">

2.  Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. 1">

Tatabahasa05.04.2019
Salam sejahtera, Adakah huruf besar diperlukan utk frasa yg berikut:- 1) suhu bumi @ suhu Bumi 2) permukaan bumi @ permukaan Bumi 3) keadaan bumi yang panas @ keadaan Bumi yang panas 4) kerak bumi @ kerak Bumi 5) lapisan bumi @ lapisan Bumi Apakah terjemahan yang gramatis bagi virtual learning environment (VLE)? Sekian, terime kasih.Dalam konteks yang diberikan, perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil.  1) suhu bumi 2) permukaan bumi 3) keadaan bumi yang panas  4) kerak bumi  5) lapisan bumi. 
Padanan bahasa Melayu untuk "virtual learning environment (VLE)" ialah persekitaran pembelajaran maya. 

Ejaan23.02.2016
Adakah frasa di bawah ini betul atau lewah 1) Semua warga sekolah 2) Semua lapisan masyarakat1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak.
2. Frasa semua lapisan masyarakat betul.
Tatabahasa08.09.2015
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Saya ingin menggambarkan jenama ini untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ayat yang mana sesuai? 1. (Jenama). Untuk setiap kamu. 2. (Jenama). Untuk kamu semua. 3. (Jenama). Untuk semua. Terima kasih.

Kami mencadangkan penggunaan frasa “untuk semua” atau “untuk anda”. Walau bagaimanapun, pemilihan frasa bergantung kepada kesesuaian konteks penggunaan dalam teks.

Tatabahasa12.03.2024
1. maksud bahasa klasik, jawa, moden dan english. 2. dialek(penggunaan bahasa)1. Bahasa klasik ialah bahasa lama 2. Bahasa Jawa ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang -orang Jawa. 3. Bahasa moden ialah bahasa kini 4.Bahasa Inggeris ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang-orang Inggeris. 5. Dialek ialah (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Untuk lebih jelas sdr. bolehlah merujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, dalam KAWAT, (laman DBP).Makna12.02.2007
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat.

1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan.

 

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi.
Tatabahasa20.08.2022
erti kata 'dasar'

Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll),  3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi,  8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya,  10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna12.03.2010
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku

Puan,

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.

Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain  daripada kebiasaan yang dituturkan.

Tatabahasa22.06.2010
123

Kembali ke atas