Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIGMEN

Pigmen ialah sejenis bahan berwarna

dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna

kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan

mencampurkannya dengan bahan itu atau

menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan

itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam

cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam

cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang

larut dalam cecair dan memberikan kesan

warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah

mengecat berbeza daripada satu sama lain pada

bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi

pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua

jenis.

UMUM 
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih

tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali

juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau

boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara

tulang yang terletak bertentangan dengan sama

satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis

tisu penyambung. Apabila terhantuk atau

kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup

kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada

kranium (meliputi otak) adalah tetap dan

melindungi otak.

UMUM 
PAPAN LAPIS

Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya

dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil

bilangannya yang telah digam bersama.

UMUM 
TEORI DUA SAPUTTeori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
MUKA BUMI

Muka bumi, lapisan permukaan bumi yang nipis dan terdiri daripada tiga jenis bentuk muka bumi yang utama, iaitu gunung, dataran tinggi, dan tanah pamah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
12

Kembali ke atas