Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.po.ran] | لاڤورن

Definisi : sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.po.ran] | لاڤورن

Definisi : apa-apa yg dilaporkan: ~ itu akan diserahkan kpd pengarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAPORAN HAMMONDLAPORAN HAMMOND, laporan tentang pendidikan di Sarawak. Laporan Hammond dimuatkan dalam Laporan Biru yang disediakan oleh Le Gros Clark pada tahun 1935. Laporan ini merupakan laporan yang pertama kali dibuat mengenai sistem pendidikan semasa pemerintahan Brooke di Sarawak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN WARREN UMUM 
LAPORAN FENN-WULAPORAN FENN-WU, laporan tentang pendidikan orang Cina di Tanah Melayu. Laporan ini dikemukakan berikutan rasa tidak puas hati terhadap Laporan Barnes.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN KABINETLAPORAN KABINET, laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Jawatankuasa ini mengemukakan laporannya kepada kerajaan Malaysia pada 7 November 1979.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN BIRU

LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN RAZAK

LAPORAN RAZAK, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 tentang pendidikan. Laporan ini dihasilkan pada bulan April 1956 oleh satu Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Antara tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan termasuklah untuk meneliti semula dasar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tentang pendidikan pelajaran dan mencadangkan beberapa perubahan yang sesuai dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN BARNES

LAPORAN BARNES, laporan pendidikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Barnes bertujuan meninjau pendidikan pelajar Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950. Jawatankuasa ini terdiri daripada 14 orang ahli dan dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
THALES

Thales (625? S.M.–546? S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang paling awal diketahui. Dia lahir di

Miletus , Asia Kecil. Segala maklumat yang

diketahui tentang Thales diperoleh daripada

laporan ringkas dan berselerak oleh ahli sejarah

dan ahli falsafah terkemudian.

UMUM 
123

Kembali ke atas