Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.po.ran] | لاڤورن

Definisi : sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.po.ran] | لاڤورن

Definisi : apa-apa yg dilaporkan: ~ itu akan diserahkan kpd pengarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evidencebukti; tanda; keteranganSejarahTiada2. Bahan yang berbagai bentuk sebagai bukti, kenyataan saksi, laporan-laporan, catatan-catatan dan sebagainya digunakan untuk menimbulkan kepercayaan pengendalian atau juri atas pernyataan mereka.
quarter showingpaparan sukuKomunikasiKorporatLaporan pengurusan perniagaan atau laporan prestasi perkhidmatan yang perlu disediakan setiap tiga bulan. Hal ini bermakna organisasi perlu menyediakan empat kali laporan pengurusan dalam setahun. Laporan ini perlu disediakan bagi menilai kemajuan yang dicapai dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam setiap suku tahun. Pihak pengurusan organisasi akan menggunakan laporan ini sebagai alat pengukur pencapaian prestasi yang ingin dicapai bagi suku tahun berikutnya. Antara kandungan utama dalam laporan ini termasuklah jenis aktiviti yang dianjurkan, hasil yang diperoleh sama ada dalam bentuk kewangan atau perkhidmatan, laporan kewangan dan jumlah perbelanjaan serta keuntungan. Selain itu, laporan ini juga mengandungi rumusan minit mesyuarat utama dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan. Sekiranya berlaku sesuatu krisis dalam laporan, isu yang berkaitan turut dilaporkan.
site reportlaporan tapakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLaporan tentang tapak arkeologi yang mengandungi maklumat tentang tarikh ekskavasi, tempat, jenis tapak, jumpaan artifak dan kepentingannya kepada perkembangan budaya manusia. Laporan ini biasanya dibuat oleh penyelia tapak galian. Laporan tapak juga meliputi laporan harian, kegiatan dan aktiviti di petak ekskavasi. Laporan ini juga melibatkan catatan bertulis, lakaran dan gambar rajah. Laporan ini akan digabungkan menjadi laporan awal dan akhir.
weather reportlaporan cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganLaporan tentang unsur-unsur meteorologi yang dicerap pada masa dan tempat tertentu. Unsur-unsur meteorologi yang dicerap bergantung pada kegunaan laporan cuaca yang dikehendaki. Laporan cuaca merupakan suatu rekod pencerapan dan bukan suatu ramalan.
special reportlaporan khasKomunikasiKorporatPernyataan khusus bertulis yang disediakan atas keperluan tertentu akibat sesuatu peristiwa atau krisis. Penyediaan penyataan ini biasanya diminta oleh pengurusan atasan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap sesuatu peristiwa atau krisis yang berlaku. Dalam sesebuah organisasi, jabatan komunikasi korporat atau perhubungan awam biasanya bertanggungjawab dalam menyelaraskan kerja penyediaan laporan tersebut. Laporan ini mengandungi penjelasan mengenai sesuatu peristiwa atau krisis yang berlaku, pihak yang terlibat, serta kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap organisasi dari segi citra dan kewangan. Laporan ini juga mengandungi cadangan cara untuk menangani krisis yang sedia ada atau krisis yang sama pada masa akan datang. Penyediaan laporan khas bertujuan untuk memastikan pihak pengurusan atasan memahami sepenuhnya peristiwa atau krisis yang berlaku di samping mengurangkan jurang komunikasi antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman dan luaran. Laporan ini juga berfungsi sebagai rujukan asas bagi pembentukan manual pengurusan krisis komunikasi bagi organisasi berkenaan. Dalam bidang penyiaran, laporan khas ialah konsep yang merujuk kepada usaha menyediakan dan membuat laporan mengenai sesuatu acara atau aktiviti yang dilihat oleh media boleh meninggalkan kesan signifikan terhadap sosiobudaya, politik, dan ekonomi. Usaha penyediaan ini biasanya melibatkan penyelidikan mengenai subjek yang dilaporkan.
backgroundersmaklumat latarKomunikasiKorporatPenulisan yang disediakan dan terdapat dalam kit media. Penulisan ini boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, seperti laporan, rencana, dan penulisan kritikan. Contoh kandungan penulisan maklumat latar ialah sejarah organisasi, laporan penyelidikan, laporan pemasaran, dan maklumat mendalam mengenai sesuatu acara atau majlis yang diurus oleh organisasi. Penyediaan maklumat latar dalam bentuk ini memudahkan pengguna untuk memahami organisasi atau sesuatu peristiwa. Bahan ini disediakan dalam pelbagai bentuk dan rekaan, seperti lembar, siaran berita, risalah, majalah tahunan, dan terbitan lain yang dianggap membantu meningkatkan kefahaman khalayak terhadap organisasi. Pada peringkat awal, pendekatan menggunakan maklumat latar ini adalah untuk menyebarkan maklumat kepada media. Kemudian, kaedah ini digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk menyebarkan maklumat kepada pelawat, orang yang berkepentingan, dan pihak awam.
dilapidated reportlaporan keusanganKesenianSeni BinaLaporan penilaian tentang tahap keusangan sesebuah bangunan. Laporan ini merupakan kenyataan tunjuk sebab yang memberikan peluang kepada pemilik untuk menyatakan mengapa mereka perlu atau tidak perlu menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut. Penilai dan pemilik bangunan boleh berunding mengenai hasil penilaian bangunan bagi memuaskan hati kedua-dua pihak sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat.
quick reportlaporan suku tahunPentadbiranTiadaLaporan kewangan yang diterbitkan setiap tiga bulan sebelum laporan tahunan.
interim reportlaporan interimPentadbiranTiadaLaporan sementara yang disediakan oleh mana-mana jawatankuasa ataupun individu sebelum tarikh laporan akhir.
anecdotal reportinglaporan anekdotPerubatanTiadaLaporan yang berdasarkan kes-kes terasing tanpa kajian yang terkawal. Dalam bidang perubatan, laporan ini berguna sebagai perintis untuk penemuan baru yang perlu dibuktikan dengan kajian saintifik yang menyeluruh. Ia tidak seharusnya digunakan untuk menukarkan amalan yang sedia ada.
12345678910...

Kembali ke atas