Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rang] | لارڠ

Definisi : ; melarang menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak di­benarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rang] | لارڠ

Definisi : Mn jarang, tidak selalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rang] | لارڠ

Definisi : ; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larang
Rujuk :tegah

Puisi
 

Gunung Lingga berkarang-karang,
     Gunung beratur empat-empat;
Abang gila saya tak larang,
     Asal tentu dengan tempat.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
Askum..saya pelajar tahun akhir di universiti multimedia cyberjaya..saya di kehendaki membuat tesis mengenai topik pantang larang melayu..jadi saya sangat memerlukan buku panduan tentang pantang larang orang tua dlm masyarakat melayu dan minang..soalan saya : Adakah Dewan Bahasa Dan Pustaka mempunyai buku-buku rujukan seperti topik di atas?Saya lebih mengutamakan buku dalam bahasa melayu dan inggeris. Di harap tuan dapat memberikan kerjasama dan membantu saya untuk mendapatkan informasi tentang topik di atas. Kerjasama tuan amat dihargai. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Pantang larang orang Melayu tradisional oleh Wan Ramli Wan Muhammad. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. 2. Adat dan pantang larang orang Melayu oleh A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995.Lain-lain07.11.2007
Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian?Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu.Makna02.07.2010
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim)         2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan  3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya.  4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching   5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1).  Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga.  Tatabahasa29.01.2010
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih.Lain-lain21.08.2008
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan.Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang  hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan.    Lain-lain13.05.2008
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
Apakah ejaan betul bagi tabu @ taboo? Berikan definasi perkataan tersebut serta contoh tabu @ taboo dalam masyarakat Melayu? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tabu. Tabu bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang. Contoh: anak dara menyanyi di dapur, duduk atas bantal. Lain-lain23.10.2008
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan?

1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja),  ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif),  iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama)

2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia.

3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut.

Tatabahasa08.04.2009
123

Kembali ke atas