Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rat] | لارت

Definisi : 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : terdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan; terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), Melodorum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : 1 makin atau kian bertambah (ttg keadaan sesuatu spt luas, lama, panjang); larut; lanjut: Sakit ayahnya bertambah ~. 2 ki tidak menentu (ttg fikiran, kedudukan dsb); berubah-ubah; berkecamuk: sauhnya ~ sauhnya tidak dpt berkait pd dasar laut; orang ~ orang yg selalu mengembara. ~ fikiran a. berkecamuk fikirannya. b. berasa amat sedih. ~ hati sedih hati; lara. berlarat-larat terus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam. melarat menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. memperlarat menjadikan berlarat-larat; memperlama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; melarat 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. kemelaratan keadaan melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : berupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larat
Kata Terbitan : berlarat-larat,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
feel~ up to, larat hendak: she didn’t ~ up to a party that night, dia tdk larat hendak pergi ke pesta malam itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
past~ it, (colloq) a. (of person) tdk /larat, berdaya/: the old lady is really ~ it now, perempuan tua itu sudah tdk larat benar sekarang ini; b. (of thing) (sudah) teruk benar: this old iron is ~ it, it will have to be thrown away, seterika tua ini sudah teruk benar, patut dibuang saja; wouldn’t put st ~ so., (colloq) tak terperanjat jika sso membuat sst: I wouldn’t put anything ~ that man, saya tak terperanjat jika dia membuat perkara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steam; run out of ~, (colloq) lose force, energy, momentum, sudah tak larat lagi: after the fiery start, the speaker slowed down and seemed to be running out of ~, selepas permulaan yg berapi-api, penceramah itu bercakap dgn lebih perlahan dan kelihatan sudah tak larat lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
upe. (of a quality) sampai: his performance is not ~ to the required standard, prestasinya tdk sampai ke standard yg diperlukan; f. capable of, boleh; (because one is not tired, well, etc) larat: the man is not ~ to the task, lelaki itu tdk boleh membuat tugas itu; I don’t think I feel ~ to swimming this evening, saya rasa saya tdk tdk larat berenang petang ini; I’d like to go but I don’t feel ~ to it, saya rasa hendak pergi, tetapi tdk larat pula; g. devising or scheming, muslihat, akal: I know what he is ~ to, saya tahu apa muslihatnya; I’m sure he’s ~ to no good, saya pasti dia ada muslihat yg tdk baik; h. also ~ until, sehingga, sampai: the validity of the regulation has never been questioned ~ to now, kesahan peraturan itu tdk pernah dipersoalkan sampai kini; ~ until this very day, sampai hari ini...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pissedadj (vulg & sl) mabuk: he’s so ~ he could hardly walk, dia terlalu mabuk sehingga tidak larat hendak berjalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arabesquen 1. (ballet ) arabes; 2. (mus ) arabes; 3. (style of decoration ) awan larat, arabes.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas