Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ri/] | لاريق

Definisi : ; melarik 1. menjadikan licin dan bulat (dgn bindu), membindu, mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi, mengukir; larikan hasil drpd melarik; pelarikan perbuatan atau hal melarik; pelarik alat utk melarik (bindu), alat utk membentuk belanga (labu air dll drpd tanah liat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ri/] | لاريق

Definisi : Jw ark baris, deret; berlarik, berlarik-larik berbaris-baris, ber­deret-deret, bergaris-garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan tembaga; melarik menyusun berbaris-baris atau ber­deret-deret. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ri/] | لاريق

Definisi : ; melarik 1 melicinkan dan menjadikan bulat dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll); membindu: Kerja-kerja ~ memerlukan ketelitian. 2 melicinkan dan membulatkan kayu, logam dsb dgn alat tertentu: Kaki kerusi itu siap dilarik. 3 mengorek atau melubangi sesuatu (dgn bor dsb): ~ lubang skru. larikan hasil drpd melarik. ~ kasar larikan yg dilakukan pd peringkat awal (sebelum larikan kemasan). ~ kemasan larikan yg dilakukan (selepas larikan kasar) utk melicinkan sesuatu. pelarik alat utk melarik (gading, kayu dsb); alat utk membentuk belanga (labu air dll) drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larik
Kata Terbitan : melarik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUBAI

RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab.  Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam.  Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.  Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam.  Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.

SASTERAKonsep
SYAIRSYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea.SASTERAKonsep
SELOKA

SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap.  Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
NAZAM

Nazam, sejenis gubahan puisi.  Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau ekarima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya lebih daripada 10 jumlah perkataan).

SASTERAKonsep
BAIT

BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab:

La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami.

SASTERAKonsep
TALIBUN

TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri.  Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima.  Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas