Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ris] | لاريس

Definisi : laku sekali (barang jualan), sangat suka dibeli orang (bkn barang jualan), larap, payu: kedai itu tidak berapa ~ jualannya; melariskan menyebabkan jadi laris: pem­bongkaran kisah rumah tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu; kelarisan perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masing­masing; pelaris 1. = ilmu (hikmat) ~ jampi (penawar dll) yg boleh menjadikan jualan dsb laris; 2. barang yg dijual lebih murah utk melakukan barang yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ris] | لاريس

Definisi : banyak dibeli orang; sangat laku (bkn barang jualan): Kuihnya sangat ~. melariskan menyebabkan banyak dibeli orang (bkn barang jualan): Utk ~ barang-barangnya, tauke itu mengadakan jualan murah pd tiap-tiap tahun. pelaris 1 mantera dsb yg dpt menjadikan sesuatu laris. 2 barang yg dijual murah utk melakukan barang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laris
Rujuk :laku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dalam proses menulis sebuah buku berjudul "JUTAWAN BUKU BESTSELLER". Adakah perkataan "bestseller" sesuai saya gunakan sebagai judul buku kerana perkataan "bestsller" lebih popular berbanding perkataan "terlaris".Padanan istilah bagi "best seller" ialah "buku laris". Oleh itu judul tersebut menjadi "Jutawan Buku Laris".Istilah16.07.2007
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasih“Pisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas.  Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang”  ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”.Makna13.02.2014
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012

Kembali ke atas