Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rut] | لاروت

Definisi : 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbual­an dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: per­kara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ per­debatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : sj tumbuhan, ararut, sagu belanda, Maranta arundinacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : 1 semakin lanjut atau jauh (bkn waktu dll): Hari sudah ~ malam, marilah kita tidur. 2 semakin bertambah (bkn jarak, penyakit dll): Penyakit emaknya semakin ~. berlarut-larut terus-menerus (ttg sesuatu keadaan, kejadian dsb); berlarat-larat; berpanjang-panjang: Perbualan mereka ~ sampai jauh malam. berlarutan berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rut] | لاروت

Definisi : hancur di dlm air (bkn gula, garam dll). melarut menjadi hancur di dlm air dll. melarutkan menghancurkan sesuatu (spt gula, garam) di dlm air dll. terlarut telah atau dpt larut: Zat yg ~ mengalir ke kawasan lain. larutan cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. kelarutan keadaan larut atau melarut: ~ sesuatu bahan ditentukan oleh juzuk-juzuk unsurnya. keterlarutan keadan atau sifat dpt larut: ~ bahan itu sangat sedikit. pelarutan proses melarut atau melarutkan. pelarut benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydroxyprolinehidroksiprolinaKimiaTiada-Hidroksiprolina. Hablur tanpa warna, sangat larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tak larut dalam eter, takat lebur 261oC-262oC.
nigrititenigrititGeologiTiadaBitumen terbatu arang yang kaya dengan karbon, tidak larut atau larut sedikit di dalam pelarut organik.
hydroxyprolinehidroksiprolinaPentadbiran PerniagaanTiada-Hidroksiprolina. Hablur tanpa warna, sangat larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tak larut dalam eter, takat lebur 261oC-262oC.
dissolved oxygenoksigen larutBiologiEkologiOksigen yang larut di dalam air atau kumbahan. Oksigen larut yang mencukupi penting untuk kehidupan ikan dan organisma akuatik lain serta untuk menghalang pembentukan bau busuk. Kepekatan oksigen larut biasanya mejadi rendah disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan organik pejal secara berlebihan ke dalam air atau kumbahan.
lysinelisinaKimiaBiokimiaAsid amino berbentuk hablur tanpa warna yang larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol, tidak larut di dalam eter, dan merupakan sebatian aktif optik dan tidak toksik. Asid amino ini boleh didapati daripada protein asli atau daripada penapaian glukosa atau karbohidrat lain, dan digunakan sebagai makanan tambahan.
narcotinenarkotinaKimiaBiokimiaAlkaloid daripada opium yang wujud sebagai hablur tanpa warna, berbentuk jejarum, tidak larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol dan sangat larut di dalam kloroform. Alkaloid ini digunakan sebagai salah satu juzuk di dalam ubat batuk dan tonik.
ascorbic acidasid askorbikKimiaTiadaAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol, tetapi tidak larut di dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato, dan sayuran hijau, dan mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna, dan pengawet makanan. Asid ini juga dikenali sebagai vitamin C.
saccharinsakarinaKimiaBiokimiaAnhidrida daripada orto-sulfunida asid benzoik yang mempunyai rasa yang sangat manis, iaitu 500 kali lebih manis daripada gula biasa, larut di dalam amil asetat, etil asetat, benzena dan alkohol, tetapi tidak larut atau larut sedikit di dalam air, kloroform dan eter. Bahan ini didagangkan dalam bentuk garam natrium, iaitu sebagai gula tiruan.
fluorobenzenefluorobenzenaKimiaTiadaCecair tanpa warna, tak larut dalam air, larut campur dengan alkohol dan eter, toksik, mudah terbakar, takat didih 84.9oC. Formula C6H5F.
citralsitralKimiaTiadaCecair kuning pucat, tidak larut di dalam air, larut di dalam gliserin atau benzil benzoat, digunakan dalam pembuatan wangian, C10H16O.
12345678910...

Kembali ke atas