Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hancur di dlm air (bkn gula, garam dll). melarut menjadi hancur di dlm air dll. melarutkan menghancurkan sesuatu (spt gula, garam) di dlm air dll. terlarut telah atau dpt larut: Zat yg ~ mengalir ke kawasan lain. larutan cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. kelarutan keadaan larut atau melarut: ~ sesuatu bahan ditentukan oleh juzuk-juzuk unsurnya. keterlarutan keadan atau sifat dpt larut: ~ bahan itu sangat sedikit. pelarutan proses melarut atau melarutkan. pelarut benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrolyteelektrolitTeknikElektrikSebatian kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida cair, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair.
electrolyteelektrolitKimiaTiadaSebatiam kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut di dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida lebur, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair. Lihat juga elektrolisis.
celluloseselulosaKimiaTiadaPolisakarida, formula am (C6H10O5)n, berbentuk gentian, terdapat dalam dinding sel tumbuhan, terdiri daripada rangkaian panjang unit glukosa yang tidak bercabang, larut di dalam asid sulfurik dan larutan kuprum(II) ammonium hidroksida, tetapi tidak larut di dalam air. Selulosa diperoleh daripada pulpa kayu, kapas dan sumber tumbuhan yang lain dan digunakan dalam pembuatan kertas, rayon, plastik, selofan dan bahan letupan.
acetylationpengasetilanPerubatanTiadaProses metabolisme yang menambahkan kumpulan asetil ke dalam molekul sebatian organik. Pengasetilan ini merupakan salah satu daripada proses metabolisme fasa II ubat, yang menghasilkan molekul yang lebih larut air dan mudah dikumuh. Contoh ubat yang mengalami asetilasi ialah Isoniazid dan Clonazepam.
furkerakKimiaTiadaEndapan yang terjadi di dalam cerek, dandang, paip air dan lain-lain yang terdiri daripada kalsium karbonat, CaCO3, magnesium karbonat, MgCO3, dan kadangkala ferum(II) karbonat, FeCO3. Kerak ini terbentuk daripada pemanasan kalsium, mangnesium, dan ferum hidrogen karbonat yang larut di dalam air liat sementara. Kerak tidak merupakan pengalir haba yang baik dan akan membazirkan bahan api jika tidak dibuang.
nitrous oxidenitrus oksidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa.
electrolysiselektrolisisKimiaTiadaKaedah tindak balas kimia yang dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik melaui elektrolit. Arus ini dialirkan secara pemindahan kation ke katod dan anion ke anod. Tindak balas berlaku melalui penindahan elektron dari katod ke anod. Misalnya, dalam elektrolisis air, gas hidrogen dibebaskan pada katod dan gas oksigen dibebaskan pada anod. Dalam sesetengah tindak balas, bahan elektrod mungkin larut. Misalnya, dalam elektrolisis larutan kuprum (II) sulfat dengan elektrod kuprum, atom kuprum anod larut sebagai ion kuprum. Elektrolisis digunakan untuk mengekstrak logam reaktif seperti natrium dan kalsium daripada garam lebur masing-masing, menulenkan logam seperti kuprum dan zink, dan menyadurkan dengan logam yang lain.

Kembali ke atas