Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah larut malam merupakan kata majmuk dan istilah tersebut terkecuali daripada mengikut hukum DM, maknanya boleh digunakan. Pertanyaan; Sekiranya saya memberi tugasan menganalisis kesalahan tatabahasa kepada pelajarnya seperti menganalisis kesalahan lirik lagu. Contoh; Bila larut malam Suasana sepi Bolehkah ditulis: Apabila larut malam, suasana menjadi sepi atau Apabila malam sudah larut, maka suasana pun menjadi sepi
Kedua-dua ayat diberikan betul.
Lain-lain13.09.2017
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
Perasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. perkataan menyelubungi boleh diganti dengan menghantui? jika tidak apakah perkataan yang paling sesuai. terima kasihPerasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. Menghantui (bermaksud mengganggu fikiran) - boleh menggantikan menyelubungi.Tatabahasa01.08.2008
Bagaimana ayat yang betul bagi ayat ini: I. Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi-tepi jalan walaupun sudah larut malam. II. Strategi yang dilakukannya belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kutu rayau-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.

2. Strategi yang dilakukannya masih belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.11.2018
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had.Tatabahasa30.04.2008
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih.Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa.Tatabahasa05.09.2012
apakah beza penggunaan : dan ; ? sebagai contoh, ....seperti berikut: atau seperti berikut;Tanda titik bertindih (:) berfungsi: i. memperkenalkan atau menambah keterangan, contohnya - Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas, ii. memisahkan subjudul daripada judul utama, contohnya - Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, iii. menunjukkan nisbah, contohnya - 12:12:12. Tanda koma bertitik berfungsi (;) berfungsi: i. memisahkan dua atau beberapa klausa utama, contoh - Makin larut malam; kerja makin banyak, ii. memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung, contohnya - Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian ... .Tatabahasa07.01.2011
Bilakah tanda ; boleh digunakan? Apakah maksudnya?

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya.

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Tatabahasa27.06.2011
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
12

Kembali ke atas