Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retinolretinolPentadbiran PerniagaanTiadaVitamin yang larut dalam lemak dan banyak terdapat dalam minyak hati ikan seperti kod dan halibut, perlu untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam dan penjagaan tisu epitelium.
axerophtolakseroftolPentadbiran PerniagaanTiadaVitamin yang larut dalam lemak dan banyak terdapat dalam minyak hati ikan kod dan halibut yang perlu untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam dan penjagaan tisu epitelium.
vitamin Avitamin AVeterinarTiadaVitamin larut lemak dan tidak boleh disintesis oleh ternakan. Oleh itu, vitamin ini perlu dibekalkan dalam diet untuk keperluan ternakan. Vitamin ini diperlukan untuk pertumbuhan yang normal, pencegahan penyakit rabun malam dan penjagaan tisu epitelium. Biasanya, dedaun hijau merupakan pelopor vitamin A, terutamanya karoten, yang boleh ditukarkan kepada vitamin A dalam dinding usus dan hepar. Dalam haiwan, vitamin ini banyak terkumpul di dalam hepar. Vitamin ini juga diperoleh daripada sumber lain seperti minyak hati ikan kod dan halibut. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksik yang dikenali sebagai hipervitaminosis A. Sinonim retinol.
vitamin Avitamin APerubatanTiadaVitamin larut lemak yang terdapat dengan banyak di dalam minyak hati ikan, telur, susu dan hati. Vitamin ini dapat juga dibentuk di dalam tubuh melalui pengoksidaan karotena yang diperoleh daripada sayuran hijau dan lobak merah. Kekurangan teruk vitamin ini mengakibatkan kemusnahan kornea, rabun malam dan kerentanan terhadap infeksi. Pengambilan yang berlebihan pula mengakibatkan penimbunan pigmen karotena pada kulit, pruritus dan alopesia.
vitamin Avitamin AMakanan dan PemakananPemakananSejenis vitamin larut lemak yang terdapat dalam sayur-sayuran berwarna gelap, buah-buahan, produk tenusu, daging dan telur. Vitamin A membantu dalam pertumbuhan sel normal dan merawat jangkitan virus dan masalah kulit. Kekurangan vitamin A dalam tubuh akan menyebabkan rabun malam dan kulit kering.
vitamin Avitamin AHerbaTiadaRetinol, C20H29OH. Sebatian alkohol berwarna kuning yang larut lemak dan tidak terlarut dalam air yang diperoleh daripada minyak hati dan karotenoid atau dihasilkan melalui sintesis. Vitamin A perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, keutuhan tisu epitelialum dan merupakan komponen pigmen untuk penglihatan. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengekalkan ketahanan terhadap penyakit dan mengelakkan jangkitan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan xeroftalmia dan rabun malam. Contohnya, vitamin A dalam minyak ikan kod (Gadus morrhua), minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lidah buaya (Aloe vera).

Kembali ke atas