Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larutan 1


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
molarmolarKepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling.Menengah Atas
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
sel DaniellDaniell cellSel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
penurasfilterAlat yang digunakan untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kertas turasfilter paperKertas yang digunakan untuk menapis dan mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
corong turasfilter funnelCorong yang digunakan bersama kertas turas untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
pHpHUkuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
elektrolisiselectrolysisProses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas