Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tah] | لاته

Definisi : 1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau mem­buat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila (kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada khabarkan dirinya; ~-latih suka ber­leter; ~ mulut berkata yg bukan-bukan (spt men-carut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk bercinta atau khayal dlm percintaan; melatah mengeluarkan perkataan atau mem­buat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb; melatahkan mengusik seseorang (perem­puan) supaya melatah: hanyalah tuan hamba latahkan; kelatahan perihal latah; pelatah orang yg latah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : sampah (daun dll) yg di bawah tumbuh­-tumbuhan (di hutan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : Pl tidak berkaki utk berjalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : 1 penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa disedarinya apabila dirangsang. 2 berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.tah] | لاته

Definisi : sampah drpd daun-daun kering dll yg terdapat di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Latah "penyakit" yang bukan penyakitMadzlina haji NordinDewan Bahasa1 September 2008
Latah - psikologi atau kritikan?Zamri MohamadDewan Bahasa1 September 2008
Latah daripada nahu kepada wacanaIndirawati ZahidDewan Bahasa1 September 2008
Latah di sebalik semantik dan psikologiAzizul IsmailDewan Bahasa1 September 2008
Latah, budaya berbahasa yang unikMohamad Sofee RazakDewan Bahasa1 September 2008
Latah, bahasa dan hiburan yang unikMohd. Ali SalimDewan Bahasa1 September 2008
Latah penyakit bahasaMunif Zarirruddin Fikri NordinDewan Bahasa1 September 2008
Nenek LatahNurul Ain AbdulDewan Pelajar1 January 1979
Citra latah dalam pantun MelayuRoosfa HashimDewan Bahasa1 September 2008
Ekolalia dan koprolalia dalam latahHasan Baseri BudimanDewan Bahasa1 September 2008

Kembali ke atas