Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tah] | لاته

Definisi : 1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau mem­buat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila (kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada khabarkan dirinya; ~-latih suka ber­leter; ~ mulut berkata yg bukan-bukan (spt men-carut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk bercinta atau khayal dlm percintaan; melatah mengeluarkan perkataan atau mem­buat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb; melatahkan mengusik seseorang (perem­puan) supaya melatah: hanyalah tuan hamba latahkan; kelatahan perihal latah; pelatah orang yg latah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : sampah (daun dll) yg di bawah tumbuh­-tumbuhan (di hutan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : Pl tidak berkaki utk berjalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tah] | لاته

Definisi : 1 penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa disedarinya apabila dirangsang. 2 berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.tah] | لاته

Definisi : sampah drpd daun-daun kering dll yg terdapat di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latah


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kepah[k«.pAh]kata kerjamengusik dengan cara memekik dari arah yang tidak disedari (dari belakang), terjah, sergah.Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang.[hAN dZA.NAn tSu.bA k«.pAh to/ mAh bi.dAn tu sAt.ni di.jA lA.tAh mAm.poeh hAN]Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku.

Kembali ke atas