Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latih;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan latih tubi dengan latihan?Latih tubi ialah latihan/ajaran/tunjuk ajar yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Ini bermakna latih tubi adalah sebahagian daripada bentuk latihan yang dilaksanakan.Makna01.10.2011
apakah yang dimaksudkan dengan teknik pembelajaran? apakah yang dimaksudkan dengan teknik hafalan? apakah yang dimaksudkan dengan latih tubi? apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian?Teknik pembelajaran bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan proses memperoleh ilmu pengetahuan.  Teknik hafalan ialah kaedah membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya masuk betul dalam ingatan tanpa perlu melihat buku atau catatan. Latih tubi bermaksud latihan yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Pencapaian bermaksud  apa yang telah dicapai atau prestasi.Makna01.04.2009
salam tuan. saya menggunakan sebuah buku latihan/buku kerja tatabahasa bertajuk 'Latih Tubi Total (Terkini)' Tatabahasa Tahun 4 keluaran Sasbadi tahun 2006. Penulis buku; Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. Dalam Unit 5 buku itu bahagian penjodoh bilangan disediakan nota/fakta iaitu: kaki - untuk payung dan bunga SOALAN: adakah betul penjodoh bilangan kaki boleh digunakan untuk bunga? setakat yg saya tahu, penjodoh bilangan bunga; kuntum, jambak, tangkai, pasu. -Terima kasih-Penjodoh bilangan bagi bunga ialah kuntum, jambak dan tangkai, manakala "pasu" boleh digunakan untuk bunga tetapi bukan penjodoh bilangan. Jika bunga ditanam di dalam pasu, boleh digunakan "sepohon bunga" tetapi "kaki" tidak boleh digunakan untuk bunga.Lain-lain04.03.2010
an 'ramaiAsalamualaikum. 1.Penggunaan kata 'banyak' dan 'ramai'. Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan.Mana lebih tepat dan rasionalnya. 2. Perkataan Melayu yang sesuai bagi menggantikan kata on line. 3. Buku itu mengandungi latih tubi soalan PMR. Buku itu mengandung latih tubi soalan PMR.Sesuai atau tidak ayat tersebut menggunakan perkataan mengandung.Kalau betul apakah rasionalnya?.

1. Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banyak merujuk bilangan jumlah, dan ia sama dengan makna ramai. Walau bagaimanapun dalam ayat yang diberikan, lebih sesuai digunakan "Ramai Pelajar tidak hadir ke sekolah sewaktu peperiksaan".

2. Padanan bahasa Melayu bagi "online" ialah "dalam talian"

3. Yang sesuai ialah penggunaan perkataan "mengandungi" dan telah biasa digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan "mengandung" yang digunakan dalam bahasa Indonesia bagi ayat di atas. 

Tatabahasa11.08.2009
Saya nak tahu apa istilah Bahasa Melayu untuk "batting cage" yang selalu digunakan untuk latih permainan sofbol atau besbolKami mencadangkan "batting cage" diterjemahkan sebagai "kurungan pukul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.04.2022
Apakah kata ganda bagi perkataan "jurulatih"? Adakah ia disebut sebagai "jurulatih-jurulatih" atau "juru-juru latih"? Mohon penjelasan. Terima kasih.Jurulatih-jurulatih.Ejaan30.05.2014
bagaimana cara mengajar murid yang keliru tentang huruf d dan bMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami masalah ini boleh diatasi dengan penerangan dan latih tubi yang berterusan sehinggalah pelajar tersebut dapat mengenali dan membezakan kedua-dua hurf berkenaan.Lain-lain26.04.2013
istilah bagi "succession planning", "coaching" dan "mentoring"

Padanan bagi istilah tersebut ialah:

1. Succession planning - perancangan penggantian

2. coaching - bimbingan (pendidikan, pentadbiran) dan tunjuk ajar atau latih (sukan)

3. mentoring - pementoran

Istilah23.02.2011
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan imbuhan yang betul di kalangan pelajar? adakah pihak tuan mempunyai cara-cara yang lebih berkesan yang boleh dikongsi bersama? Terima Kasih.Jwpn: Anda harus menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan, pengajaran yg paling berkesan dan utama dalam proses pembelajaran. Latih tubi juga berkesan selain mengulangi pelajaran sehingga pelajaran benar-benar menguasai pelajaran.Lain-lain18.12.2006
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ?

(1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan

(2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan

(3) exercise - senaman/latihan

(4) drill - latihan/latih tubi

(5) practice - amalan/latihan

Makna13.10.2009
12

Kembali ke atas