Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
TELUK CARPENTARIA

Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura

yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya

lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640

kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat.

Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di

sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia

(peta).

UMUM 
SUNGAI ELBE

Sungai Elbe adalah satu daripada jalan air

komersial yang terpenting di Eropah tengah. Sungai

ini bermula di bahagian barat Republik

Czechoslovakia, mengalir ke arah barat laut melalui

Jerman dan berakhir di Laut Utara. Sungai ini Lokasi Sungai Euphrates.

dikenali sebagai Labe di Republik Czechoslovakia.

Sungai Elbe panjangnya 1165 kilometer. Untuk

lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi).

UMUM 
SUNGAI TWEED

Sungai Tweed, muncul di Tanah Tinggi Selatan

Scotland dekat Tweed’s Well, kira-kira 10 kilometer

utara barat pusat pelancongan Moffat. Panjangnya

lebih kurang 154 kilometer dan menyaliri kawasan

seluas 4800 kilometer persegi. Pada peringkat

permulaan Sungai Tweed mengalir ke arah utara

timur ke Peebles, dan kemudian ke arah timur

melalui Innerleithen, sampai di Galashiels dan

kemudian melalui Kelso. Sungai ini membentuk

sempadan di antara England dan Scotland untuk

lebih kurang 27 kilometer, bermula dari sebelum

Coldstream ke Berwick-upon-Tweed, tempat ia

mengalir masuk ke Laut Utara (lihat United

Kingdom [peta politik]). Pekan sempadan Berwickupon-

Tweed, terletak di tebing utara sungai ini,

menimbulkan banyak pertikaian yang telah kekal

menjadi sebahagian daripada England pada tahun

1885. Sungai Tweed, boleh dijelajahi hanya untuk

beberapa kilometer di bahagian pasang surutnya

dekat muaranya. Ikan-ikan salmon dan trout

dipancing di sepanjang sungai ini.

UMUM 
MONSUN

Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di

bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab

serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya.

Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah

barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia

bertiup dari arah timur laut pada bulan November

hingga Mac.

UMUM 
SUNGAI VISTULA

Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di

kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah

laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula

bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian

selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut

laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini

merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam

beberapa cawangan sebelum memasuki Laut

Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu

cawangan sungai tersebut yang paling ke barat.

Lihat Poland (peta rupa bumi).

UMUM 
TASIK BALA

Tasik Bala ialah tasik yang terbesar di Wales

Utara. Panjangnya ialah enam kilometer dan ia

terletak di Gwynedd. Tasik yang panjang dan sempit

ini menganjur pada arah timur laut ke barat daya.

Sungai Dee mengalir melaluinya. Nama tasik ini

adalah sempena bandar Bala yang terletak di utara

tasik tersebut. Llangower terletak di pinggir timur.

Orang Wales menamakan tasik tersebut Llyn Tegid.

UMUM 
SENEGAL

Senegal ialah negara di pantai barat laut Afrika.

Ia terletak di hujung bonjolan besar di utara

Afrika yang menganjur ke arah barat menghala ke

Lautan Atlantik. Ia menganjur lebih jauh ke barat

daripada negara-negara lain di tanah Besar Afrika.

UMUM 
AZIMUT

Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di

antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini

biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut

arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur

akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 °

ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga

diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek

dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut.

Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih

jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S

135 ° B.

UMUM 
SUNGAI YENISEY

Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan

yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di

Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093

kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di

selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik.

Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan,

sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut

Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur

Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim

boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu

Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka.

UMUM 
12

Kembali ke atas