Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik   b) Pantai Sendai   c) loji kuasa nuklear Higashidori   d) pantai utara Jepun.Tatabahasa06.12.2011
Kenapa Nama untuk Indian Ocean diberikan Lautan Hindi dalam Bahasa Malaysia? Kenapa tak Lautan India?Tidak ada maklumat tentang etimologi Lautan Hindi sebagai padanan Indian Ocean dalam pangkalan data kami. Melalui semakan di internet, ada maklumat tentang asal kata Hindi dikatakan daripada bahasa Parsi lama bermaksud Sungai Indus. Berkemungkinan faktor asal kata inilah menjadi sebahagian daripada pertimbangan penterjemahan perkataan indian (Indian Ocean) dalam bidang Geografi kepada Hindi (Lautan Hindi). Untuk maklumat tentang padanan istilah hindi dalam bidang Geografi, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hindi dan klik Istilah Malaysia.Istilah25.03.2014
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

 2. Kapal itu tenggelam di lautan

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Adakah terjemahan ini betul? British Indian Ocean Territory - Wilayah Lautan British Hindi

Padanan yang tepat bagi frasa “Indian Ocean” dalam bidang Geografi ialah Lautan Hindi, maka terjemahan yang sesuai bagi “British Indian Ocean Territory” ialah Wilayah Lautan Hindi British.

Penyemakan dan penterjemahan15.11.2019
apakah yang dimaksudkan dengan bagai lautan manusia? atau hanya terjemahan saja dan tiada terdapat perumpamaan tersebut.Untuk makluman, "bagai lautan manusia" bukan perumpamaan dan digunakan untuk menunjukkan bilangan atau jumlah manusia yang terlalu banyak atau ramai.Makna12.08.2012
adakah wujudnya perumpamaan yang berbunyi "seperti gunung dan lautan manusia" yang membawa maksud ramai orang?Ungkapan yang lazim digunakan ialah seperti lautan manusia yang menunjukkan ramai orang.Tatabahasa08.07.2013
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik?

Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. 

Istilah20.04.2020
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura

1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud:

Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud:  Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./
 Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

Lain-lain30.05.2019
123

Kembali ke atas