Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.va] | لاۏا

Definisi : lahar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.va] | لاۏا

Definisi : ist cecair panas yg mengalir dr gunung berapi; lahar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lava


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAVA

Lava, leburan batuan dari perut bumi yang dimuntahkan keluar melalui kawah gunung berapi pada suhu tinggi – antara 850°C hingga 1250°C.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
OBSIDIAN

Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila

lava panas mengalir di permukaan bumi dan

menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai

komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi

dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak

disejukkan dengan perlahan untuk membentuk

hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau

hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah

menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh

dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika

menggunakannya untuk membuat mata anak

panah dan pisau.

Lihat juga Batuan; Granit.

UMUM 
LETUSAN GUNUNG BERAPI

Letusan gunung berapi, cara gunung berapi mengeluarkan atau meluahkan gas, lava, dan serpihan bahan pepejal ke permukaan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BASALT

Basalt, sejenis batuan gunung berapi yang keras, berwarna gelap serta berbutiran halus. Batuan ini ialah lava yang mengalir keluar ke muka bumi daripada perut gunung berapi atau melalui rekahan di muka bumi, dan memejal.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
SILIKON

Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia

adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu

tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada

kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling

banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud

berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya

dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian

ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama

pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai

mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini

termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari

gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya

silikon dioksida lebur.

UMUM 

Kembali ke atas