Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wa/] | لاوق

Definisi : jenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil bahagian dlm pertunjukan itu; lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa/] | لاوق

Definisi : Mn; lawak-lawak tempat makanan kuda (burung dll), palung; tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa/] | لاوق

Definisi : ; temu ~ sj tumbuhan (rizom), Cur­cuma longa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa/] | لاوق

Definisi : sesuatu yg diucapkan atau yg dilakukan utk menggelikan hati orang; jenaka; kelakar. berlawak melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. pelawak 1 orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2 orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawak
Rujuk :lucu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.
harlequinadeharlekuinadaKesusasteraanTiadaPertunjukan yang disertai badut atau tukang lawak dalam komedi atau pentomin.
musical comedykomedi muzikKesenianTiadaPersembahan muzik yang mempunyai lawak jenaka, nyanyian dan tarian.
jestjenakaKesusasteraanTiadaPerbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati, lawak.
extra turnselingan tambahanKesenianDrama dan TeaterPersembahan lain seperti tarian, lawak jenaka dan nyanyian untuk mengisi masa sementara pertukaran set pentas dilakukan. Selingan tambahan telah menjadi sebahagian daripada ciri utama dalam persembahan bangsawan.
buffoonwatak lucuKesenianDrama dan TeaterPeranan dalam drama yang diwujudkan dengan ciri lawak untuk tujuan mengurangkan tegangan emosi dalam urutan cerita sesebuah drama.
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
satyr playdrama satirKesusasteraanTiadaDrama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira.
antilithicantikarangHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kalkulus seperti batu karang. Contohnya, ekstrak rizom temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) yang bersifat antikarang.
12

Kembali ke atas