Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.was] | لاوس

Definisi : luas (kawasan, pemandangan, dll), lapang, terbuka; melawas luas (kawasan, pemandangan); kelawasan keluasan atau kelegaan (hidup dll), kemudahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.was] | لاوس

Definisi : lancar buang air besar atau kecil: sakit kencing tak ~; melawaskan menjadikan lega atau lawas (perut): ~ buang air besar dgn julap; pelawas (Bio) makanan yg kaya dgn bahan yg tidak dapat tercerna (terutamanya selulosa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.was] | لاوس

Definisi : ; melawas berkurang (hasil buah-­buahan dll), menjadi kurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.was] | لاوس

Definisi : lapang (bkn pemandangan, kawasan dll); luas. melawas 1 menjadi luas (bkn kawasan, pemandangan dll). 2 menjadi lega (perut dll). 3 menjadi lancar (mengenai perjalanan sesuatu). melawaskan menjadikan lawas; melegakan (perut): Utk ~ buang air besar, ia selalu makan buah-buahan. kelawasan keadaan lawas, keluasan; kelegaan. pelawasan hal (perbuatan dsb) melawas atau melawaskan: Injap ekzos mengawal ~ gas yg sudah terbakar keluar dr silinder. pelawas apa-apa yg dpt melegakan atau dpt melancarkan perjalanan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.was] | لاوس

Definisi : ; melawas menjadi kurang atau berkurang (bkn buah-buahan dll): Pokok kelapa yg tua itu sudah ~ buahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawas
Rujuk :lapang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED

AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED  (1954 -    ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas,  Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas,  kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974).

SASTERAKonsep
RAJA KECIL

RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATUK BATUAH

DATUK BATUAH (? -1950-an), ulama dan pemimpin politik Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ahmad Chatib. Dia memegang jawatan tradisi sebagai penghulu adat dari Koto Lawas (Padang Panjang) dan mendapat pendidikan agama daripada Syekh Haji Abdul Karim Amrullah. Dia ialah salah seorang pelopor penubuhan pembaharuan sistem pengajaran Islam dan pelopor Sekolah Agama Sumatera Thawalib.

       

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KEDAYANKEDAYAN, salah satu suku peribumi yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Di Sabah, kebanyakan masyarakat Kedayan tinggal di daerah Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di Sarawak, masyarakat Kedayan tinggal di daerah Lawas, Limbang dan Miri. Mengikut sumber lisan, orang Kedayan dipercayai berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak disebabkan peluasan kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei ke wilayah Sabah dan Sarawak.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
MANDAILING

MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BISAYA

BISAYA,  suku kaum peribumi di Kepulauan Borneo.  Mereka terdapat dalam beberapa kelompok kecil di sekitar Teluk Brunei, Beaufort, Weston, Sipitang, Sindumin,  Merapok, Padas, Lembah Sungai Kelias serta Pulau Labuan di Sabah.  Di Sarawak, mereka bertumpu di sekitar Lembah Sungai Limbang (Lubuk Lasas hingga Merasam), Sungai  Lawas dan Sungai Trusan, sepanjang pantai Miri dan Niah hingga ke Lembah Rejang dan Ulu Baloi di Bahagian Keempat, dan Batu Blah (Tutoh) di Baram di Bahagian Ketiga, Sarawak.  Di Brunei, mereka menetap di sekitar Tutong dan Belait.  Di Filipina pula, sebahagian besar mereka mendiami kawasan Kepulauan Visaya.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PANAI

PANAI, kerajaan Melayu kuno di Sumatera Utara, Indonesia.  Daripada catatan prasasti, Raja Rajendra Chola dari India Selatan pernah menyerang kerajaan Sriwijaya dan Kadaram pada tahun 1023.  Setelah itu dia menyerang Panai.  Dalam prasasti tersebut tidak disebut siapa Raja Panai yang telah ditaklukinya.  DaIam Nagarakartagama, kerajaan Panai dikatakan sebagai jajahan taklukan Majapahit yang menyerangnya pada tahun 1365.  Tinggalan kerajaan itu berupa biara terdapat di Padang Lawas.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas