Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wat] | لاوت

Definisi : ; melawat 1. pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah; melawati datang melihat, mengunjungi, men­ziarahi (jenazah, orang sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala bunyi bedil spt bertih, maka segera dilawatinya; lawat-melawati saling melawat antara satu sama lain, kunjung-mengunjungi; lawatan perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; pelawat orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wat] | لاوت

Definisi : ; melawat 1 pergi berkunjung (ke sesuatu tempat): Dia baru saja ~ ke Eropah. 2 datang melihat; menziarahi: ~ orang mati. melawati pergi utk melihat-lihat (sesuatu tempat dll); mendatangi; mengunjungi. lawatan hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan: ~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. pelawat orang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawat
Kata Terbitan : melawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada soalan seperti berikut betul dari segi Bahasa: Bubuhkan kata dasar meN- pada kata dasar "lawat" ialah ______. a) melawat b)merawat c)memlawatImbuhan bagi perkataan lawat dan rawat ialah 'me'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa17.08.2009
Ada soalan seperti berikut betul dari segi Bahasa: Bubuhkan imbuhan meN- pada kata dasar "lawat" ialah ______. a) melawat b)merawat c)memlawat

Imbuhan untuk perkataan 'lawat' ialah 'me'.

Tatabahasa17.08.2009
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
Assalamualaikum... Untuk makluman pihak tuan saya ingin memohon lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Saya dimaklumkan oleh MPK bahawa saya kena lawat laman web tuan untuk permohonan lesen. Untuk makluman pihak tuan, saya memerlukan tunjuk ajar dari pihak tuan bagi menyelesaikan masalah saya ini. untuk makluman pihak tuan juga, saya telah mendaftar perniagaan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama "AZRUL WORKSHOP". Harap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian wassalam.Untuk pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". Untuk pelanggan yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu dan saudara boleh ikuti panduan dalam ruangan tersebut. Untuk panduan setiap iklan mestilah ada keterangan aktiviti di bahagian atas iklan dengan saiz yang besar dan jelas kelihatan. Jika Azrul Workshop keterangan aktiviti yang sesuai ialah 'BENGKEL' ditulis di baris pertama, nama Azrul Workshop di baris kedua.Lain-lain07.01.2012
Assalamualaikum... Untuk makluman pihak tuan saya ingin memohon lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Saya dimaklumkan oleh MPK bahawa saya kena lawat laman web tuan untuk permohonan lesen. Untuk makluman pihak tuan, saya memerlukan tunjuk ajar dari pihak tuan bagi menyelesaikan masalah saya ini. untuk makluman pihak tuan juga, saya telah mendaftar perniagaan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama "AZRUL WORKSHOP". Harap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian wassalam.Untuk pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". Saudara perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya seperti arahan dalam sistem tersebut.Lain-lain09.12.2011

Kembali ke atas