Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wa.tan] | لاوتن

Definisi : perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wa.tan] | لاوتن

Definisi : hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan: ~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lawatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
two-visit devitalization pulpotomypulpotomi pendevitalan dua lawatanPergigianTiadaPembuangan tisu pulpa terinfeksi yang dijalankan dalam dua lawatan kerana dalam lawatan yang pertama, pendarahan tidak dapat dikawal. Pes pendevitalan diletakkan pada permukaan gigi dan diikuti dengan tampalan sementara. Dalam rawatan kedua, tampalan sementara dikeluarkan dan tisu pulpa yang tidak vital dibuang menggunakan alat tangan atau bur. Seterusnya tampalan kekal akan dibuat pada gigi tersebut.
inclusive tourlawatan pakej rangkumPentadbiran PerniagaanTiadaLawatan rombongan yang bayarannya termasuk tambang, penginapan, lawatan, makan minum dan lain-lain.
first antenatal visitlawatan pertama antenatalKejururawatanTiadaLawatan kali pertama ibu hamil ke klinik. Dalam lawatan ini, maklumat yang diambil merangkumi sejarah haid, sejarah kesihatan yang lepas dan semasa, sejarah obstetrik dan perubatan keluarga serta pemeriksaan.
media tourlawatan mediaKomunikasiKorporatAktiviti bertemu dengan pihak media yang dianjurkan oleh organisasi. Aktiviti ini boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, pihak organisasi atau wakilnya membuat lawatan ke agensi media yang strategik. Kedua, pihak organisasi mengundang wakil media melawat organisasi atau syarikat. Dari segi perhubungan awam dan komunikasi korporat, lawatan media merupakan salah satu aktiviti proaktif pihak pengurusan organisasi bagi mendapatkan ruang promosi dan publisiti sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam keadaan sesebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis, lawatan daripada pihak media ke organisasi berkenaan boleh membantu mengurangkan tekanan krisis melalui liputan positif media terhadap organisasi. Keadaan ini boleh memulihkan keyakinan khalayak terhadap organisasi.
product-service mixcampuran produk-perkhidmatanPelanconganTiadaKonsep yang menggabungkan antara produk pelancongan dengan perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, pakej lawatan yang merangkumi tempat lawatan, perkhidmatan pemandu pelancong dan penginapan.
one-visit formocresol pulpotomypulpotomi formokresol satu lawatanPergigianTiadaPembuangan tisu pulpa terinfeksi dalam kebuk pulpa gigi vital yang dijalankan dalam satu lawatan. Sekiranya pendarahan daripada tisu pulpa dapat dikawal, pes formokresol diletakkan pada permukaannya dan diikuti dengan tampalan kekal. Sekiranya pendarahan tidak dapat dikawal, tampalan sementara diletakkan dan rawatan akan diteruskan semasa lawatan yang kedua. Lihat juga pulpotomi pendevitalan dua lawatan
field triplawatan lapanganKejururawatanTiadaLawatan pasukan kesihatan ke tempat kejadian untuk membuat pemerhatian dan kajian.
priority visitlawatan priorityKejururawatanTiadaLawatan ke rumah yang dilakukan untuk kes khusus, penting dan bermasalah.
familiarisation triplawatan pengenalanPelanconganTiadaLawatan kos rendah yang ditawarkan oleh syarikat pembekal atau pengendali pelancongan, eksklusif kepada ejen pelancongan yang bertujuan untuk membiasakan para ejen dengan destinasi dan perkhidmatan mereka.
guaranteed tourlawatan terjaminPelanconganTiadaLawatan yang tetap akan diadakan walaupun jumlah peserta tidak mencukupi.
123456789

Kembali ke atas