Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ya/] | لايق

Definisi : 1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd ~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~ dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg ter­tentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hina aku spt mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya; selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; melayakkan menjadikan layak, memadan­kan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; berkelayakan mempunyai kelayakan, ber­kebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : ; ikan ~ ikan yg dibelah dr belakangnya dan dikeringkan; melayak membelah ikan utk dikeringkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat yg berteras), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya/] | لايق

Definisi : sesuai; patut; padan: Dia ~ menjadi ketua kerana dia cekap. melayakkan menjadikan layak; memadankan; menyesuaikan: Utk ~ kita menjawat jawatan yg lebih tinggi, kita mestilah belajar lagi. kelayakan kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. berkelayakan mempunyai kebolehan atau kecekapan: Orang yg ~ saja yg diminta memohon. selayaknya sepatutnya; sepantasnya: Sudah ~ dia bertindak sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,

Puisi
 

Selayak burung di rimba,
     Padi emping tiga tangkai;
Ikutkan layak badan dah tua,
     Nak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qualifying sharesaham layak/syer layakPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah syer yang mesti dimiliki untuk layak menjadi ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat.
qualifying sharesaham layak/syer layakUndang-undangTiadaTiada
qualifying sharesaham layak/syer layakEkonomiTiadaTiada
underwritingpenajaan jaminEkonomiEkonomi IslamProses pemilihan risiko yang dilakukan oleh penaja jamin untuk menentukan sama ada permohonan perlindungan sesuatu risiko layak ditakaful atau tidak layak ditakaful. Risiko yang layak ditakaful boleh ditanggung sendiri oleh syarikat pengendali takaful atau ditanggung bersama melalui proses takaful semula, manakala risiko yang tidak layak ditakaful akan ditolak permohonannya seperti takaful keluarga bagi peserta yang melebihi usia 75 tahun dan takaful kebakaran rumah setinggan. Sinonim pengunderaitan.
disasterbencanaEkonomiEkonomi IslamKejadian buruk yang melanda secara tiba-tiba, tidak dijangka masa berlakunya dan di luar kawalan manusia. Terdapat bencana yang layak dilindungi dan tidak layak dilindungi dalam skim takaful. Jenis bencana yang layak dilindungi seperti kebakaran, kecurian, kematian dan keilatan kekal seluruh anggota badan akan ditakrifkan secara spesifik dalam kontrak. Bencana lain seperti bencana alam dan bencana yang disengajakan tidak layak dilindungi.
qualifying mining expenditurebelanja lombong layakPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan modal ke atas kegiatan perlombongan untuk tujuan pengiraan potongan yang layak.
seaworthylayak belayarKejuruteraanTiadaTiada
eligiblelayakPentadbiranTiadaTiada
seaworthinesslayak belayarUndang-undangTiadaTiada
seaworthylayak belayarUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas