Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata layan;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
layan; melayan 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
layan diripelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli;Kamus Dewan Edisi Keempat
layan; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), meng­hidangkan, menyajikan; 2. menurutkan ke­mahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat.Kamus Dewan Edisi Keempat
layanmelayan 1. menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2. mengendahkan atau mempedulikan orang lain (spt suami, kawan dll):Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3. mengikut kehendak hati (perasaan dll):Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan orang yg kerjanya melayan.Kamus Pelajar
rutin layan sampukan(interrupt service routine)Rutin atau atur cara yang dikarang untuk menjalankan tugas tertentu seperti yang dikehendaki oleh sampukan yang memanggil. Alamat rutin ini disimpan di dalam kawasan ingatan vektor sampukan.Kamus Komputer
permintaan layan sampukan(interrupt service request)Lihat permintaan sampukan.Kamus Komputer
cek tak layancek yg bayarannya tidak diberikan oleh bank kerana sebab-sebab tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kafeteria(kafétéria) restoran layan diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdiskriminasiberbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media;Kamus Dewan Edisi Keempat
bufet(bufét)hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) utk dinikmati oleh tetamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas