Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ya.nan] | لاينن

Definisi : perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ya.nan] | لاينن

Definisi : kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
layanan

Assalamualaikum

Kami tidak jelas apa yang tuan inginka.

Lain-lain18.02.2010
saya amat berpuas hati dengan layanan pegawai di DBP Cawangan SarawakSalam puan,

layanan pegawai di DBP Cawangan Sarawak

Terima kasih atas maklum balas yang diberikan kami akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa
Lain-lain22.12.2021
Layanan pegawai DBP di Wilayah Utara sangat mesra dan efisien.Salam puan,

Terima kasih atas maklum balas yang diberikan, kami akan menambah baik perkhidmatan dan layanan kami dari semasa ke semasa.
Lain-lain06.12.2021
Yang Manakah perkataan yang betul 1) Layan Diri 2) Layanan KaunterKedua-dua istilah tersebut adalah betul. Istilah layan diri diterjemahkan daripada 'self-service' manakala layanan kaunter adalah terjemahan daripada 'counter service'.Istilah10.01.2007
Malaysia HospitalityLayanan Mesra MalaysiaLain-lain23.04.2007
Saya amat berpuas hati dengan layanan staf di DBP SabahSalam puan,

Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Kami akan sentiasa menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.12.2021
1. Apa perbezaan makna perkataan 'layanan' dan 'perkhidmatan'? yang mana lebih sesuai digunakan untuk digunakan sebagai tagline sesuatu institusi yang memberikan 'servis' terbaik untuk pelanggan? 2. Bolehkan perkataan tindakan saranan digunakan serentak? Contoh ayat: Pihak ABC telah membentangkan status tindakan saranan yang dikemukakan oleh Ali.

1. Terjemahan yang betul ialah "perkhidmatan" dan bukannya servis.

2. Perkataan saranan bermaksud cadangan, oleh itu tindakan cadangan tidak jelas maksudnya, kemungkinan tindakan untuk sebarang cadangan yang dikemukakan oleh seseorang.

Tatabahasa14.01.2010
apakah maksud rasialisme?Rasialisme ialah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ; fahaman yang menekankan     bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.Makna29.07.2008
Minta tanya: Apakah istilah padanan Bahasa Malaysia yang tepat bagi "escalate" dan "escalation level" dalam konteks aras layanan bagi sokongan teknikal? Contoh ayat konteks: "if no solution is found, we will escalate the matter to level 2 support" atau "escalation level depends on the severity of the problem."Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah peningkatan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation level  ialah tahap peningkatan, perluasan atau penambahan. Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
Assalamualaikum, Saya adalah pelajar phD bidang pengajian bahasa. Saya sedang membuat kajian tentang wacana iklan. Saya inginkan kepastian daripada pihak tuan tentang istilah iklan non commercial. Dalam Bahasa Indonesia digunakan istilah Iklan Layanan Masyarakat. Dalam Bahasa Melayu, apakah istilah yang sesuai ? Saya amat berharap pihak tuan dapat membant saya dalam hal ini. Terima kasih.Waalaikumsalam WBT. Cadangan kami bagi istilah "iklan non commercial" ialah iklan khidmat masyarakat atau pesanan khidmat masyarakat.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
12

Kembali ke atas