Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolek­kan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu ber­cambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbang: baju (kain) ~ baju (kain) yg menyebabkan pemakainya dpt terbang. layang-layang 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. berlayangan berterbangan (spt bulu atau kertas ditiup angin). melayang 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. melayangkan 1 membuat supaya terbang atau melayang; menerbangkan: Ia ~ pinggan itu keluar tingkap. 2 mengirim (surat); menghalakan (pandangan dll): Dia sudah ~ tiga pucuk surat ke Sabah tetapi belum juga mendapat jawapan. terlayang, terlayang-layang 1 dlm keadaan melayang: ~ bagai bulu sehelai. 2 tertidur; terlena: Sampai ~ ia di kerusi malas itu semasa mendengar muzik. selayang sambil lalu (bkn pandangan dll); sepintas: ~ pandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
swift<i> n i> (burung) layang-layang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow-dive<i> n i> selaman layang-layang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kite fighting<i>ni> permainan /layang-layang, wau/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swallow 2 <i> n i> layang-layang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sky<i> n i> langit: <i> the kite flew high into the ~, i> layang-layang itu terbang tinggi di langit; <i> we must expect cloudy skies for the next few days,i> kita harus menjangkakan langit mendung utk beberapa hari yg akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nosedive<i>vii> 1. muncung [sst] menjunam: <i>the kite ~di>, muncung layang-layang itu menjunam; 2. (<i>fig.i>) jatuh menjunam: <i>share prices ~d last weeki>, harga saham jatuh menjunam minggu lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kite<i>ni> 1. (<i>birdi>), (burung) /lang, hereng/; 2. (<i>toyi>) layang-layang, wau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nervy<i>vi make, inhabit a nesti>, membuat sarang, bersarang: <i>some swallows are ~ing in the eavesi>, beberapa ekor burung layang-layang membuat sarang di cucur atap itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skim 3. <i> move lightly over surface, occasionally touching,i> melayap di: <i> the swallow darted across the water ~ming the surface,i> burung layang-layang terbang melayap di permukaan air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catapult<i>vti> 1. <i>shoot with slingshot,i> melastik: <i>the boys were ~ing sparrows,i> budak-budak itu sedang melastik burung layang-layang; 2. (<i>histi>) <i>shoot with machine for discharging stones,i> menarbil; 3. <i>hurl, fling,i> memelantingkan: <i>the explosion ~ed the boy out of the window,i> letupan itu memelantingkan budak itu ke luar tingkap; 4. <i>precipitate,i> menyebabkan [sso] segera: <i>an event which ~ed him to fame,i> peristiwa yg menyebabkan dia segera menjadi terkenal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas