Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolek­kan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu ber­cambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbang: baju (kain) ~ baju (kain) yg menyebabkan pemakainya dpt terbang. layang-layang 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. berlayangan berterbangan (spt bulu atau kertas ditiup angin). melayang 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. melayangkan 1 membuat supaya terbang atau melayang; menerbangkan: Ia ~ pinggan itu keluar tingkap. 2 mengirim (surat); menghalakan (pandangan dll): Dia sudah ~ tiga pucuk surat ke Sabah tetapi belum juga mendapat jawapan. terlayang, terlayang-layang 1 dlm keadaan melayang: ~ bagai bulu sehelai. 2 tertidur; terlena: Sampai ~ ia di kerusi malas itu semasa mendengar muzik. selayang sambil lalu (bkn pandangan dll); sepintas: ~ pandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat 1 : Ali bermian layang-layang dengan gembira di padang. ayat 2 : Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul ? Terima kasih.Ayat "Ali bermain layang-layang dengan gembira di padang." dan "Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira." adalah betul.Tatabahasa17.05.2013
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut?

Saudara,

Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang.

Lain-lain16.09.2010
Bolehkah menggunakan perkataan seperti 'melepaskan layang-layang'? Perkataan mana yang paling sesuai utk menggambarkan situasi melayangkan layang-layang itu?dalam konteks di atas perkataan 'menerbangkan layang-layang' adalah lebih sesuai.Tatabahasa03.08.2007
Ayat-ayat berikut yang manakah tepat dan betul? (a) Layang-layang yang ditiup angin itu telah melayang dengan pantas ke udara (b) Layang-layang yang ditiup angin itu telah menerbang dengan pantas ke udara (c) Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udaraBerikut adalah perbezaan perkataan (i) melayang yang bermaksud terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-                                                          katung di udara.
                                                     (ii) berterbangan bermaksud terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata 
                                                           tempat; terbang banyak-banyak 

Maka ayat yang betul dan tepat ialah "Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udara"
Tatabahasa12.12.2015
Tuan, sila beri tunjuk ajar peribahasa yang tepat seperti yang berikut: 1. Bagai layang-layang putus talinya 2. Bagai layang-layang terputus talinya Hal ini demikian kerana skema PT3 meminta pelajar memberi jawapan yang tepat . Selain itu, apakah buku rujukan peribahasa yang tepat terbitan DBP yang dicadangkan ? Terima Kasih.Jawapan yang tepat ialah Bagai layang-layang putus talinya. Manakala rujukan peribahasa yang boleh digunakan ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain18.09.2015
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk layang-layang?Sebuah layang- layang.Tatabahasa02.06.2010
Penjodoh bilangan bagi layang-layang atau wauSebuah wau atau layang-layang.Tatabahasa22.02.2007
Penggunaan mengapung-apung atau melayang-melayang yang betul dalam soalan ini. Layang-layang Firdaus _______________ di udara apabila ditiup angin.Penggunaan yang betul ialah Layang-layang Firdaus melayang-layang di udara apabila ditiup angin.Lain-lain18.06.2021
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B padaAyat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada".Tatabahasa03.03.2015
Adakah ayat ini betul? Ayah menunjuk ajar saya bermain layang-layang.Ayat yang lebih gramatis ialah "Ayah mengajar saya bermain layang-layang."Tatabahasa15.11.2013
12345

Kembali ke atas