Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layu (adjektif)
Bersinonim dengan lisut, kering, kecut;,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan akhirnya kepada maltosa. Sinonim pancreatic amylase. (BIO) amylovorin (amilovorin) Fitotoksin perumah tak khusus pada tanaman keluarga epal yang dihasilkan oleh bakteria Erwinia amylovora. Tanaman yang terkena toksin ini biasanya layu. (BIO) amylum (amilum) Kanji khususnya daripada tumbuh-tumbuhan. (BIO) anabatic wind (angin anabatik) Angin setempat yang bertiup menaiki lereng akibat pemanasan permukaan gu- nung. (HID, METEO) Anacardiaceae (Anacardiaceae) Famili tumbuh untuk mengukur keupayaan pencetak siri mencetak sejumlah aksara dalam satu saat. Singkatan cps. (KOM) charcoal rot (busuk arang) Penyakit yang disebabkan oleh kulat Macrophomina phaseolina seperti pada kapas. Gejalanya ialah layu mendadak yang menyeluruh pada daun yang su- dah tua dan berkembang ke atas, kemudian diikuti dengan perubahan warna menjadi kuning dan luruh. Batangnya hitam seperti arang dan akhirnya pokok akan

Kembali ke atas