Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasa­kan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah mem­benarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dilakukan, dipakai); biasa; selalu: adat yg telah ~. melazimkan menjadikan lazim; membiasakan: Kita hendaklah ~ diri bercakap dlm bahasa Melayu. kelaziman 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. pelaziman perbuatan atau hal melazimkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lazim
Rujuk :biasa

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65dapat dibaca di layar tv, satu gejala baru yang turut berkembang, iaitu bahasa SMS. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa daerah atau dialek. Singkatan dan serapan daripada bahasa Arab turut dimasukkan dalam panduan ini kerana singkatan tersebut sering digunakan dalam penulisan SMS. Untuk kata tersebut, ada dua jenis singkatan. Pertama, singkatan yang telah mantap dan lazim digunakan; dan kedua, singkatan yang belum mantap tetapi boleh digunakan dalam penulisan SMS. i. Singkatan yang telah mantap dan lazim digunakan, contohnya: Sallallahualaihiwasallam - SAW Subhanahuwataala - SWT ii. Singkatan yang belum http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=4&hits=304+a0f+a23+c29+

Kembali ke atas