Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasa­kan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah mem­benarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dilakukan, dipakai); biasa; selalu: adat yg telah ~. melazimkan menjadikan lazim; membiasakan: Kita hendaklah ~ diri bercakap dlm bahasa Melayu. kelaziman 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. pelaziman perbuatan atau hal melazimkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lazim
Rujuk :biasa

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqd lāzimakad lazimPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak, yang tidak membenarkan salah satu pihak membatalkan akad tanpa persetujuan pihak yang satu lagi. Contohnya, penjual dan pembeli tidak boleh membatalkan akad jual beli yang telah termeterai tanpa mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi. Sinonim lafaz mengikat.
bai‘ lazimjual beli lazimPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli lulus yang tidak mempunyai sebarang opsyen atau pilihan kepada pihak yang berjual beli. Lihat juga bai‘ nafiz.
‘aqd ghair lazimakad tak lazimPerniagaan IslamTiadaAkad yang membenarkan salah satu pihak membatalkan akad tersebut tanpa persetujuan pihak lain. Contohnya, akad simpanan yang memberi hak kepada pihak yang terlibat untuk membatalkannya pada masa yang dikehendaki.
relaygegantiTeknikElektrikPeranti yang mengawal sesuatu suis atau sentuhan mengikut perubahan elektrik, magnet, atau suhu dalam litar yang dikawal melalui sesentuh lazim tutup dan sesentuh lazim buka. Geganti mungkin menggunakan elektromagnet atau komponen separuh pengalir atau sebarang peralatan lain yang sesuai.
bai‘ ghair lazimjual beli tak lazimPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli nafiz yang mempunyai opsyen atau pilihan (khiyar) kepada pihak yang berjual beli.
prevailing windangin lazimGeografiTiadaAngin yang lazim atau kerap bertiup pada sesebuah kawasan.
prevailing windangin lazimGeologiTiadaAngin yang lazim atau kerap bertiup pada sesebuah kawasan.
reentrykemasukan semulaKejuruteraanTiada1. Peristiwa apabila pesawat angkasa atau objek lain masuk semula ke atmosfera deria selepas berada di ruang angkasa.,2. Memanggil sesuatu lazim dari dalam lazim itu sendiri, atau menjalankan atur cara dari dalam atur cara itu sendiri.
sighah lazimsighah/lafaz mengikat/sahPerniagaan IslamTiadaLihat ‘aqd lazim.
common chordperentas sepunya; kord lazimKesenianTiadaKord lazim: Triad yang mempunyai jeda perfeks kelima di antara not terendah dan tertinggi terdapat dalam him.
12345678910...

Kembali ke atas