Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rainfall intensitykeamatan lebat hujan; lebat hujan; keamatan curahan hujanPerhutananTiadaTiada
rainfall intensitykeamatan lebat hujan; lebat hujan; keamatan curahan hujan; keamatan hujanGeografiTiadaTiada
rainfall intensitykeamatan lebat hujan; lebat hujan; keamatan curahan hujanKejuruteraanTiadaJumlah hujan seperti yang diukur dalam tolok hujan, biasanya diungkapkan sebagai kedalaman mm. Sinonim: curahan hujan.
rainfall intensity frequencykekerapan kelebatan curahan hujanSainsHidrometeorologiSelang waktu purata antara kejadian curahan hujan berkelebatan tertentu dengan kejadian curahan hujan yang sama lebat atau lebih lebat.
rainfall intensity frequencykekerapan kelebatan curahan hujanHidrologiTiadaSelang waktu purata antara kejadian curahan hujan berkelebatan tertentu dengan kejadian curahan hujan yang sama lebat atau lebih lebat. Sin.: kekerapan kelebatan hujan.
effective rainfalllebat hujan berkesanGeografiTiadaTiada
ground rainfalllebat hujan permukaanKejuruteraanTiadaTiada
cumulative rainfalllebat hujan tokokanKejuruteraanTiadaTiada
effective rainfalllebat hujan berkesanKejuruteraanTiadaTiada
cumulative hyetographgraf lebat hujan tokokanKejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas