Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih.

1.   Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa.

 

Tatabahasa22.09.2021
Salam, Ayat: Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 4G dan terkini 5G, kita dapat.... Perlukah frasa "terkini 5G" ditukarkan menjadi "yang terkini 5G"? Adakah kedua-dua frasa tersebut sama sahaja? Terima kasih!Frasa "yang terkini 5G" lebih gramatis untuk digunakan. Tatabahasa25.06.2021
Apakah beza antara 'lebih rumit' dan 'lebih merumitkan lagi'? Adakah kedua-duanya sesuai digunakan pada permulaan ayat

Perkataan “lebih rumit” membawa maksud tidak mudah; lebih susah; lebih sukar dan lebih sulit. Contoh ayat, “Perkem­bangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawat dan diubati”. Manakala perkataan “lebih merumitkan lagi”  membawa maksud lebih menyukarkan, lebih menyulitkan dan lebih menyusahkan.  Contoh ayat, “Kalau dirinya sakit, keadaan lebih merumitkan lagi, dia tidak dapat pergi ke laut”. Kebiasaannya, frasa ini hanya wujud di pertengahan ayat.

Tatabahasa20.02.2020
Kerusi itu tidak boleh menahan berat badan yang lebih. lebih atau banyak?Ayat yang betul ialah “Kerusi itu tidak boleh menampung berat badan yang lebih.”Tatabahasa03.07.2023
Apakah golongan kata bagi kata sementelahan?Perkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. "Sementelahan" digolongkan dalam kata nama.Ejaan19.03.2023
Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih.Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Tatabahasa30.09.2021
Salam sejahtera, saya ada soalan. Yang manakah tepat? "Di Facebook" atau "Pada Facebook". Saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama "di" dan "pada", lebih-lebih lagi penggunaannya dalam bidang teknologi maklumat. Mohon berikan sedikit penerangan. Terima kasih.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+ pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Penggunaan yang betul ialah “melalui”. “Melalui” berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui Facebook.

Lain-lain19.10.2021
Bolehkah sy tahu buku/sumber apakah yg patut sy gunakan dalam penyemakan penulisan jawi? Bukankah ada buku ejaan jawi baharu selepas Daftar Kata BM Rumi-Sebutan Jawi? Namun konsep ejaannya (lebih-lebih lagi melibatkan huruf hamzah) amat tidak selaras. Bolehkah sy diberikan penjelasan tentang penulisan huruf hamzah?

Untuk makluman tuan, penulisan huruf  Hamzah  dalam tulisan Jawi telah diselaraskan sebaris dengan huruf  lain sebelum dan selepasnya contohnya,  لاءوت , وضوء  untuk memudahkan penulisan. Manakala cara penulisan Hamzah di atas huruf alif ( أ ), Hamzah di bawah huruf alif ( إ ) dan Hamzah berumah masih kekal.  contohnya: seimbang= سأيمبڠ /e-mel = إي-ميل /tahniah= تهنيئه. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman  prpm.dbp.gov.my dengan menaip perkataan dengan  huruf kecil, "laut" klik perkataan "Cari" dan boleh lihat papan ejaan Jawi "لاءوت"

 

 

Ejaan26.11.2020
Berapa kerapkah korpus DBP dikemas kini dan adakah semua terbitan bahasa Melayu dimasukkan ke dalam korpus tersebut?Korpus DBP telah dibangunkan beberapa tahun dahulu dan belum lagi dibuat kemas kini. Kami berpandangan tidak semua terbitan berbahasa Melayu dimasukkan dalam korpus, lebih-lebih lagi terbitan terkini. Sumber korpus boleh dilihat melalui http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx. Korpus DBP merupakan antara fungsi Bahagian Peristilahan, DBP.Lain-lain01.06.2020
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih.

Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar.  Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”.

Lain-lain11.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas