Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
TIKUS

Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang

paling kecil membesar lebih panjang dan lebih

berat daripada mencit yang terbesar. Seperti

cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia .

Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan

bak pahat yang terutamanya sesuai untuk

menggerit.

UMUM 
APENDIKS

Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang

melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih

penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada

apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan

tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian

pertama usus besar.

UMUM 
ALLOSAURUS

Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang

hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu.

Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika

Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih

kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua

meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya

lebih kurang 1.8 tan metrik.

UMUM 
MEGAFON

Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai

ganti megafon.

UMUM 
MINYAK GAS

Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian)

apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan.

Minyak gas didapati lebih kurang pada

“pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada

petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada

sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan

lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada

penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan

api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan

petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan

bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak

diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum

(Penapisan petroleum).

UMUM 
KELIKIR

Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan

zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang

30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul

batuan yang lebih kasar, atau lebih besar

daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua

milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat

membentuk selebihnya kelikir, biasanya

membentuk 50 hingga 70 peratus daripada

keseluruhan jisim.

UMUM 
MUSANG

Musang ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti kucing yang panjang langsing. Tetapi

musang mempunyai muncung yang lebih runcing,

ekor yang lebih berbulu dan kaki yang lebih

pendek daripada kucing. Musang hidup di Asia,

dari India hingga ke Indonesia, dan di Afrika.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas