Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seruling: lebih panjang, lebih kaya dengan nadaAdeline De CruzMingguan Wanita16.01.1987
Lis lebih puas berteater: Cabaran lebih besar...Norhadiani BaharomHarian Metro18.06.2008
Lebih 9,000 murid sekolah di bahagian Miri sertai Safari MembacaTiadaUtusan Borneo30.10.2008
Lebih 500 peserta sertai larian BBSN 2008TiadaUtusan Borneo28.10.2008
Lebih 10 gerai sertai pameran Karnival Kesenian IslamTiadaUtusan Borneo23.07.2008
Lebih 400 pelajar sertai Jawi Warisan Bangsa-Utusan Malaysia20.06.2008
Lebih foto, kurangkan teks: budaya membaca sudah sebati...Izyan Liyana Mohd DarifKosmo27.06.2008
Lebih separuh kes abai anak babitkan MelayuTiadaHarian Metro11.05.2007
Lebih suka cerita MelayuTiadaKosmo05.04.2007
Lebih banyak pilihanAmree AhmadKosmo22.11.2006
12345678910...

Kembali ke atas