Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
getaran kekisi hablur. (FIZ) acoustic energy flux (fluks tenaga akustik) Fluks tenaga gelombang akustik. (FIZ) acoustic horn (corong akustik) Corong yang digunakan untuk memancarkan atau menerima gelombang bunyi supaya menjadi lebih kuat atau menghala ke arah tertentu. (FIZ) acoustic impedance (impedans akustik) Nisbah tekanan bunyi rencam pada permukaan dengan fluks bunyi yang melalui permukaan dan diukur dalam ohm akustik. Banding acoustic ciri-ciri yang sesuai untuk menentukan kualiti bunyi yang baik untuk pendengaran. (FIZ) acoustic shadow (bayang akustik) Bayang di belakang objek yang terletak pada lintasan gelombang bunyi yang jarak gelombangnya lebih kecil daripada objek. (FIZ) acoustic stiffness reactance (reaktans kekakuan akustik) Bahagian reaktans akustik yang dikaitkan dengan tenaga keupayaan sesuatu medium atau sempadannya. (FIZ) acoustic susceptance (rentanan akustik) Bahagian khayalan (X

Kembali ke atas