Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)