Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leeklikPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran seperti daun bawang tetapi berdaun lebih lebar, bebawang lebih besar dan warnanya lebih putih.
overhaulbaik pulih; lebih muatan; lebih angkutKejuruteraanTiadaTiada
overdampteredam lebih; terlembap lampauKejuruteraanTiadaTeredam lebih: Redaman yang lebih daripada nilai genting.
escaroleeskarolPentadbiran PerniagaanTiadaFrisee yang mempunyai daun yang lebih lebat, lebih keriting dan berasa pahit untuk salad dan sebagai hiasan.
Batavian endiveeskarolPentadbiran PerniagaanTiadaFrisee yang mempunyai daun yang lebih lebat, lebih kerinting dan berasa pahit untuk salad dan sebagai hiasan.
curly chicoreeeskarolPentadbiran PerniagaanTiadaFrisee yang mempunyai daun yang lebih lebat, lebih keriting dan berasa pahit untuk salad dan sebagai hiasan.
informal essayesei tak formalKesusasteraanTiadaEsei yang tidak begitu serius, lebih pendek, lebih subjektif sifatnya mengandungi struktur bebas, mudah dan ditulis untuk bacaan umum misalnya ulasan buku, rencana pengarang, sketsa dan esei peribadi, esei naratif dan esei biasa.
art epicepik baharuKesusasteraanTiadaEpik yang bersifat lebih canggih, ideal dan lebih sedar ke arah pencapaian moral dan pengarang bebas mengambil bahan-bahan biasa dan lebih meyakinkan. Peristiwa-peristiwa yang dicerita sudah terlalu lama berlalu.
credit squeezekeketatan kreditKejuruteraanTiadaKawalan kredit oleh pemerintah, bertujuan membuat kredit lebih sukar dan lebih mahal untuk diperoleh, dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi, sekatan-sekatan terhadap sewa beli dan peminjaman bank atau langkah-langkah lain yang sepertinya.
overloadlebih beban (sukan air), lebih muatanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas