Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih.

1.   Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa.

 

Tatabahasa22.09.2021
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasihWa alaikum salam.

Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan.

Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut.

Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.

Makna31.05.2017
Apakah beza antara 'lebih rumit' dan 'lebih merumitkan lagi'? Adakah kedua-duanya sesuai digunakan pada permulaan ayat

Perkataan “lebih rumit” membawa maksud tidak mudah; lebih susah; lebih sukar dan lebih sulit. Contoh ayat, “Perkem­bangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawat dan diubati”. Manakala perkataan “lebih merumitkan lagi”  membawa maksud lebih menyukarkan, lebih menyulitkan dan lebih menyusahkan.  Contoh ayat, “Kalau dirinya sakit, keadaan lebih merumitkan lagi, dia tidak dapat pergi ke laut”. Kebiasaannya, frasa ini hanya wujud di pertengahan ayat. 1">

Tatabahasa20.02.2020
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
Cikgu, dalam ayat yang diberikan di sebelah, kata "lebih" atau "berlebihan" lebih sesuai digunakan? 1. Ini kertas-kertas lebih. 2. Ini kertas-kertas berlebihan. Soalan kedua: Adakah kata "kertas" dalam dua ayat tersebut perlu digandakan kepada "kertas-kertas"?1. Frasa "Ini kertas lebih" merupakan bahasa percakapan.

2. Frasa yang tepat ialah " Ini kertas yang berlebihan."
Tatabahasa28.02.2015
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan?Jawapan 1:
Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda "  " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya.
Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan.

Jawapan 2:
"yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
Tatabahasa29.03.2013
Tuan, penggunaan "di dalam" atau "ke dalam" lebih sesuai dalam ayat (1)? 1. Ali membuang sampah di dalam / ke dalam tong sampah.Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.Tatabahasa08.01.2015
fakta huraian adalah seperti berikut; peratus respons responden berpengalaman 11 - lebih 20 tahun lebih tinggi serta menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding responden 1-5 tahun. selain itu, peratus respons responden berpengalaman lebih 20 tahun juga lebih tinggi serta berbeza dengan responden 6-10 tahun. soalan saya, bolehkah fakta di atas digabungkan menjadi satu ayat seperti berikut; (mohon cadangan ayat yang sesuai) Didapati bahawa peratus respons responden pengalaman mengajar 11-lebih 20 tahun dan lebih 20 tahun masing-masing lebih tinggi serta terdapat perbezaan yang ketara berbanding responden kumpulan pengalaman mengajar 6-10 tahun dan 11-15 tahun. tqPengulangan perkataan yang sama dan hampir sama (respons dan responden)  dalam satu ayat boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh itu, ada baiknya ayat tersebut dikekalkan dalam dua ayat berlainan dan tidak dijadikan ayat majmuk.Tatabahasa22.05.2015
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Soalan 1. Yang manakah lebih gramatis: Langkah 1 hingga 3 diulang secara menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. ATAU Langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Yang manakah lebih gramatis: Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. ATAU Larutan dididihkan dan dibiarkan menyejuk.1. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 

2. Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. 
Tatabahasa15.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas