Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Panjang-panjang ruasnya bangsi,
     Lebih panjang ruasnya banta;
Kenyang-kenyang memakan nasi,
     Lebih kenyang bermain mata.


Lihat selanjutnya...(32)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jet propulsionperejangan jetFizikMekanikPerejangan yang daya rejangnya merupakan tindak balas terhadap pancutan gas panas pada halaju yang tinggi daripada muncung yang menghala ke belakang. Gas berhalaju tinggi itu bertindak ke atas jentera menurut hukum ketiga Newton supaya kenderaan merejang dalam udara dan rejangan menjadi lebih cukup jika ketumpatan udara rendah.
mature infantbayi matangPerubatanTiadaBayi yang mempunyai berat badan 2.5 kg atau lebih semasa dilahirkan, yang biasanya dilahirkan sama ada cukup bulan atau hampir cukup bulan.
saline waterair masinHidrogeologiTiadaAir yang mengandungi cukup garam terlarut sehingga mempunyai rasa mineral yang tertentu, terutama air yang mengandungi cukup natrium klorida untuk menimbulkan rasa masin. Untuk kebanyakan tujuan, USGS telah mentakrifkan air masin sebagai air yang mengandungi kepekatan berkali-kali lebih tinggi dari nilai ini diminum juga bila tidak terdapat air yang lebih baik, terutama sekali bila kloridanya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan anion yang lain seperti sulfat dan bikarbonat. USGS telah mengelaskan air masin mengikut jumlah kandungan pepejal terlarut (Robinove drr. 1958) seperti berikut: Jumlah pepejal terlarut Agak masin 1,000-3,000 mg/l Sederhana masin 3,000-10,000 mg/l Sangat masin 10,000-35,000 mg/l Berpekasin lebih dari-35,000 mg/l
mature economyekonomi matangEkonomiTiadaEkonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup.
artesian aquiferakuifer artoisGeologiTiada1. Akuifer yang mengandungi air bertekanan cukup untuk menjulangkannya ke paras yang lebih tinggi daripada permukaan bumi.,2. Akuifer terkekang.
interferencegangguan/interferensGeografiTiadaKeadaan kawasan pengaruh dua perigi atau lebih yang bertindan, terutama jika jumlah surutan yang dihasilkan cukup untuk menimbulkan keadaan cemas.
turbulent boundary layerlapisan perbatas golakanSainsHidrometeorologiLapisan yang di dalamnya tegasan Reynolds adalah lebih daripada tegasan ikatan. Apabila nombor Reynolds cukup tinggi, suatu lapisan golakan bersebelahan dengan lapisan perbatas laminar akan wujud.
interference (between wells)gangguan (antara perigi)HidrogeologiTiadaKeadaan kawasan pengaruh dua perigi atau lebih yang bertindan, terutama jika jumlah surutan yang dihasilkan cukup untuk menimbulkan keadaan cemas. Ruj.: Chow 1964
artesian aquifer see also confined aquiferakuifer artoisHidrologiTiada(1) Akuifer yang mengandungi air bertekanan cukup untuk menjulangkannya ke paras yang lebih tinggi dari permukaan bumi. (2) Kadangkala digunakan sebagai sinonim akuifer tertekan.
fast neutronneutron cepatKejuruteraanTiada1. Neutron yang mempunyai tenaga kinetik yang tinggi, biasanya lebih dari 0.1 MeV. 2. Neutron yang mempunyai tenaga yang cukup untuk proses pembelahan dalam reaktor pantas iaitu neutron dengan tenaga melebihi 1.5 MeV.
1234

Kembali ke atas