Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kira-­kira, agak-agak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira; agak-agak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih.1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala LumpurTatabahasa25.07.2007
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ?Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang.Tatabahasa07.10.2011
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan.

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat

Tatabahasa31.08.2015
Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan “segar malar” sebagai sinonim “malar segar”, seperti “lebih kurang” dapat bertukar ganti dengan “kurang lebih”?Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".Istilah02.05.2012
Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan ‘lebih kurang’ atau ‘kurang lebih’. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih..Salam sejahtera,

Tuan,

Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.02.2019
Betulkah wujudnya isitilah "hindoisme" yang lebih kurang maksudnya ialah budaya bersuka-suka atau mementingkan hiburan?Istilah yang betul ialah hedonisme. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, halaman 523.Makna04.09.2007
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
maksud senja

Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam).

Makna01.01.2010
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya?Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa24.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas