Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kira-­kira, agak-agak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira; agak-agak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circa(ca.)lebih kurangPerpustakaanTiadaIstilah yang berasal daripada bahasa lain yang bererti 'lebih kurang' yang digunakan untuk menandakan ketidakpastian tarikh. Singkatannya : c. atau ca.
methylated spiritspirit bermetilKimiaTiadaCampuran etanol dengan metanol (lebih kurang 9.5%), piridina (lebih kurang 0.5%) dan pewarna biru. Spirit bermetil digunakan sebagai bahan api dan pelarut.
mesospheremesosferaSainsHidrometeorologiBahagian atmosfera, di antara stratopaus pada ketinggian lebih kurang 50 km dan mesopaus pada ketinggian lebih kurang 80 km, yang padanya suhu menurun mengikut ketinggian.
Flemish SchoolFlemish (kumpulan)MuzikTiada

 Generasi komposer kumpulan Netherlands kedua pada Zaman Pembaharuan. Komposer utama antaranya terdiri daripada Ockeghem (lebih kurang tahun 1420-1497), Obrecht (lebih kurang tahun (1457/1458-1505), Heinrich Isac (lebih kurang tahun 1450-1517), Josquin Des Prés (lebih kurang tahun 1450-1521) dan Willaert (lebih kurang tahun 1490-1562). Karya komposer kumputan Flemish bertekstur polifoni tiruan, iaitu tekstur yang berdasarkan baris melodi yang meniru antara satu dengan yang lain. Bentuk utama antaranya ialah motetus, missa, chanson, madrigal dan lied. Kumpulan Netherlands terdiri daripada kumpulan Burgundi dan kum­pulan Flemish. Lihat Franco-Flemish (kumpulan).

circumzenithal arcarka zenit lilitFizikOptikArka terang berwarna pelangi lebih kurang suku bulatan dengan pusatnya pada zenit dan lebih kurang 46o di atas matahari. Arka tersebut dihasilkan oleh pembiasan dan sebaran cahaya matahari yang mengenai bahagian atas hablur air berprisma dalam atmosfera dan biasanya wujud hanya beberapa minit sahaja.
circumzenithal arclengkung keliling zenitGeologiTiadaArka terbang berwarna pelangi bulatan yang bentuknya lebih kurang seperempat dengan pusatnya pada zenit dan lebih kurang 46o di atas matahari, terhasil oleh pembiasan dan sebaran cahaya matahari yang mengenai bahagian atas hablur ais berprisma di atmosfera, dan biasanya hanya wujud beberapa minit sahaja.
electronelektronFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanZarah keunsuran yang bercas negatif dan mempunyai jisim lebih kurang 9.11 x 10-28g (setara dengan 0.511 MeV) serta casnya lebih kurang -1.602 x 10-9 coulomb dan spinnya ½.
monsoonmonsunSainsHidrometeorologiIstilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman.
air-earth conduction currentarus konduksi udara-bumiSainsHidrometeorologiBahagian arus udara-bumi yang disebabkan oleh konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili oleh gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan bebas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang lebih kurang 3 x 10-16 amp/cm2, atau lebih kurang 1800 ampere, bagi seluruh bumi. Cerapan variasi menegak arus konduksi yang telah dilakukan menunjukkan bahawa arus konduksi udara-bumi adalah lebih kurang seragam di seluruh troposfera, satu keadaan yang selaras dengan pandangan yang lazimnya diterima, iaitu aliran arus konduksi dari suatu kawasan konduksi bercas positif di bahagian bawah ionosfera ke bumi yang bercas negatif. Hanya di kawasan yang cuacanya terganggu sementara arus konduksi digantikan oleh aliran terbalik. Bukti yang terkumpul menunjukkan bahawa arus konduksi terus wujud hanya kerana akibat ribut petir di sekitar bumi pada setiap masa yang membekalkan cas positif ke ionosfera dan cas negatif ke bumi.
long wavegelombang panjangSainsHidrometeorologiPola kontur berbentuk gelombang dan teratur pada carta isobar dengan kepanjangan gelombang lebih kurang 2000 km yang lebih khusus berhubungan dengan troposfera pertengahan atau tinggi. Lebih kurang empat atau lima gelombang seperti itu (juga diistilahkan gelombang Rossby) menganjur merentangi carta hemisfera. Dengan menganggap pola kepanjangan gelombang sinusoidal, L, dalam atmosfera barotropi tanpa kelikatan, dan dalamnya kevortisan mutlak dikekalkan, Rossby mendapat rumusan c = U � ?L2 4?2 dengan c ialah keljuan gelombang (positif ke arah timur; negatif ke arah barat); U ialah min kelajuan angin zon; dan ? ialah parameter Rossby, iaitu kadar pertukaran parameter Coriolis ke utara. Rumus ini menghuraikan gelombang janjang, pegun dan mundur (masing-masing c> 0, c = 0, c < 0 ) dan tetap tidak gelombang yang mungkin menjanjang lebih cepat daripada arus zon (c > U).
12345678910...

Kembali ke atas