Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebih-lebih;

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ternak bergembala, parak berpagar.Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih pucuk, lebih pelepah?Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas).Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersinggung lebih bak kena.Lekas merasa hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Agak lebih daripada agih.Banyak bicara, sedikit kerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diuji timbang lebih sesaga.Perbezaan yang sangat kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut hang lebih daripada gedembai.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas