Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegem­biraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tambahan pula; istimewa pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih,
     mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Bermaksud :

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air-bornebawaan udaraBiologiPatologiPerihal penyebab penyakit kecil yang ditularkan melalui atau oleh udara atau angin. Sebilangan besar penyebab penyakit tumbuhan, lebih-lebih lagi kulat, adalah bawaan udara.
air-bornebawaan udaraKimiaTiadaPerihal penyebab penyakit kecil yang ditularkan melalui atau oleh udara atau angin. Sebilangan besar penyebab penyakit tumbuhan, lebih-lebih lagi kulat, adalah bawaan udara.
air entrained concretekonkrit perangkap udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dihasilkan dengan mencampurkan agen perangkap udara kepada konkrit yang baru disediakan. Konkrit perangkap udara penting untuk menjaga ketahanan struktur lebih-lebih lagi di negara-negara yang beriklim sejuk serta mempunyai perubahan suhu yang amat tinggi seperti di United Kingdom, Eropah juga di Timur Jauh seperti Jepun dan Australia.
pregnancy toxaemiatoksemia kebuntinganVeterinarTiadaGangguan metabolik akut yang berlaku pada ternakan pada peringkat beberapa minggu terakhir kebuntingan. Keadaan ini lebih ketara berlaku apabila ternakan menjadi terlalu gemuk pada awal kebuntingan tetapi mengalami kekurangan makanan pada peringkat akhir kebuntingan, lebih-lebih lagi jika bunting anak kembar. Antara tanda yang berlaku ialah ternakan menjadi lemah, berjalan tidak seimbang dan mudah jatuh. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kematian. Gangguan ini boleh dielakkan jika ibu ternakan tersebut dijaga supaya tidak terlalu gemuk. Kaedah yang digunakan bagi merawat toksemia kebuntingan ialah dengan memberi sumber tenaga secara langsung seperti memberi minum larutan gliserin atau glukosa. Selain itu, kaedah rawatan yang lebih berkesan ialah dengan menyuntik larutan glukosa secara intravena pada ternakan. Lihat juga asetonurea.
netiquettenetikaTeknologi MaklumatTiadaEtika dalam Internet. Kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, lebih-lebih lagi e-mel yang mengandungi mesej yang bukan-bukan atau yang tidak dimintanya.
infinity of the universeketakterhinggaan alam semesta/infiniti alam semestaMatematikTiadaAlam semesta ini dipercayai tidak berkesudahan kerana terdapat teleskop yang lebih besar melihat lebih jauh lagi dan dapat menyingkap lebih banyak galaksi di kawasan yang lebih jauh.
polar vortexvorteks kutubSainsHidrometeorologiPeredaran siklon skala besar di bahagian tengah dan atas troposfera berpusat umumnya di kawasan kutub. Lebih khusus lagi, vorteks ini mempunyai dua pusat, satu berdekatan Pulau Baffin dan satu lagi di atas dari barat daya Siberia. Sistem angin siklon berkenaan terdiri daripada angin baratan latitud pertengahan.
prognathicprognatikPerubatanTiadaBerkaitan dengan rahang yang lebih panjang dari yang satu lagi menyebabkannya berada lebih anterior.
barn rotbusuk bangsalBiologiPatologiPenyakit bintik mata katak yang berlaku lebih parah lagi semasa daun tembakau disimpan atau diasap di dalam bangsal atau rumah salai.
isentropeisentropSainsHidrometeorologiGaris yang menunjukkan entropi yang sama atau malar. Lebih paktris lagi, istilah ini boleh dianggap sebagai isoplet suhu keupayaan, iaitu sama seperti adiabatik kering.
12345678910...

Kembali ke atas