Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.buh] | لبوه

Definisi : jalan raya (besar): tukang sapu ~; ~ hias jalan raya utama yg merentasi bandar dan biasanya terdapat lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok; ~ raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn bandar (bandar raya) lain; melebuhkan membuka jalan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.buh] | لبوه

Definisi : Pr, bp hilang (dicuri orang), lesap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.buh] | لبوه

Definisi : jalan raya. ~ raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar atau bandar raya dgn bandar atau bandar raya lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebuh (kata nama)
Bersinonim dengan jalan, jalan raya, lebuh raya.,

Peribahasa

Bak orang gombang di lebuh.

Bermaksud :

Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(3)