Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bur] | لبور

Definisi : 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata; meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pem­bakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnah­kan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan mengganti­kan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; leburan sesuatu (logam dll) yg telah dilebur­kan: ~ timah; peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg membuat atau men­jalankan kerja peleburan (logam dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : ; keleburan ark lubang (kubu) utk menangkap gajah dll, serling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : ®debur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : 1 hancur atau cair (bkn logam dll). 2 rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur: Bahan itu mula ~. meleburkan 1 menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2 memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3 membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1 perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2 tempat meleburkan (logam). pelebur alat utk meleburkan (logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebur (adjektif)
1. Bersinonim dengan cair: luluh, hancur,

2. Bersinonim dengan rosak: jahanam, musnah, binasa,

Kata Terbitan : melebur, meleburkan,

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
leburmoltenKeadaan pencairan sesuatu bahan pepejal apabila dipanaskan pada takat tertentu.Menengah Atas
takat leburmelting pointSuhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C.Menengah Rendah
silikasilicaSebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2.Menengah Rendah
takat leburmelting pointSuhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair.Menengah Atas
ureaureaSebatian organik bernitrogen yang mempunyai takat lebur 135°C, pepejal berhablur, berwarna putih, larut air dan terdapat secara semula jadi dalam air kencing. Urea biasanya digunakan sebagai bahan baja.Menengah Rendah
sifat fizikalphysical propertyCiri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya.Menengah Atas
fiusfusePeranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat RajahMenengah Rendah
elektrolitelectrolyteSebatian kimia yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus. Contohnya, asid hidroklorik cair.Menengah Rendah
seramikceramicBahan daripada mineral bukan logam, bersifat keras dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Contohnya, porselin.Menengah Rendah
natriumsodiumUnsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas