Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bur] | لبور

Definisi : 1. menjadi cair (logam dll), hancur, luluh: tabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yg terlalu tinggi; titik ~ = takat ~ paras suhu yg menyebabkan logam dll menjadi lebur; 2. ki rosak langsung, jahanam, musnah: begitulah ~ kekuatan orang yg bongkak itu; ~ hati hancur hati (perasaan), teramat dukacita; sama ~ sama binasa prb (orang yg) seia sekata; melebur menjadi lebur (logam dll): bijih yg sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yg berbentuk bata; meleburkan 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pem­bakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnah­kan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan mengganti­kan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; terlebur yg telah menjadi lebur, yg telah melebur; leburan sesuatu (logam dll) yg telah dilebur­kan: ~ timah; peleburan 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); pelebur 1. alat utk meleburkan sesuatu (spt relau dll); 2. orang yg membuat atau men­jalankan kerja peleburan (logam dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : ; keleburan ark lubang (kubu) utk menangkap gajah dll, serling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : ®debur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bur] | لبور

Definisi : 1 hancur atau cair (bkn logam dll). 2 rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur: Bahan itu mula ~. meleburkan 1 menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2 memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3 membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1 perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2 tempat meleburkan (logam). pelebur alat utk meleburkan (logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebur (adjektif)
1. Bersinonim dengan cair: luluh, hancur,

2. Bersinonim dengan rosak: jahanam, musnah, binasa,

Kata Terbitan : melebur, meleburkan,

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melt spinningpemintal lebur; penspinan leburKimiaTiadaTiada
melt spinningpemintal lebur; penspinan leburSosiologiTiadaTiada
melt spinningpemintal lebur; penspinan leburKejuruteraanTiadaTiada
igneousigneusGeologiTiadaBerhubungan dengan batuan atau mineral yang memejal daripada bahan lebur atau separa lebur.
Kaldo processproses KaldoKejuruteraanTiadaProses pembuatan keluli dengan menyemburkan oksigen ke atas permukaan sanga lebur yang melitupi logam lebur di dalam relau.
melting pointtakat leburHerbaTiadaSuhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23�C � 26�C, BP) dan lilin karnuba (80�C � 88�C, BP).
eutectic mixturecampuran eutektikFarmasiTiadaGabungan fizikal dua atau lebih pepejal yang mencair atau melembut akibat penurunan takat lebur di bawah takat lebur masing-masing komponen yang diambil secara berasingan.
hot-melt adhesiveperekat lebur-panasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerekat buatan yang terdiri seluruhnya daripada pepejal polimer termoplastik yang digunakan dalam keadaan lebur, dan yang bertukar kepada bentuk pepejal apabila sejuk. Perekat ini digunakan dalam keadaan lebur apabila dipanaskan melebihi suhu 85�C dan kemudiannya melebur menjadi bendalir berkelikatan rendah yang mudah membasahi komponen yang hendak direkat.
melt-outlebur-keluarKejuruteraanTiadaKeadaan lebur bahan api pejal akibat kenaikan suhu di dalam reaktor nuklear.
burnoutbakar lebur; bakar habisKejuruteraanTiada1. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,2. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear.
12345678910...

Kembali ke atas