Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ledakan, peledakan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ledak; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya; barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904; meledakkan 1. menjadikan meledak, meletup­kan: mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbit­nya atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~ revolusi; ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ mak­lumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg dapat meledak (diletupkan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ledak; meledak 1 pecah dan meletup dgn kuat; meletus: Bom yg dijatuhkan oleh kapal terbang itu telah ~ betul-betul di tengah kota. 2 terbit (peperangan, perkelahian dll): Peperangan dunia kedua mula ~ dlm tahun 1939. meledakkan 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). ledakan 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. peledakan perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. peledak alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). bahan ~ bahan yg dpt meledak (spt ubat bedil).Kamus Pelajar Edisi Kedua
letup Ibunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas