Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melega­kan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak sempit (bkn kawasan); lapang: Rumah emaknya besar dan ~. 2 senang dan tenteram (bkn fikiran, hati); tidak sesak (bkn nafas, kehidupan): ~ rasa hatinya apabila mengetahui bahawa suaminya sudah selamat. 3 tidak sibuk; lapang (bkn waktu): Apabila ada masa ~ nanti, saya akan pergi ke rumah awak. melegakan 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. kelegaan 1 keadaan lega; ketenteraman (fikiran, hati); kesenangan (hidup). 2 ruang yg terbatas besarnya utk meluluskan pergerakan atau laluan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cold starting oil relief valveinjap lega minyak sejukKejuruteraan Kapal TerbangTiadaInjap lega pirau dalam sistem minyak utama, bertindak sebagai injap cemas yang menghalang aliran minyak sejuk dengan serta-merta bagi mengelakkan tekanan sistem berlebihan. Injap ini digunakan dalam sistem yang tidak mempunyai injap lega atur tekanan minyak.
lashruang lega kecilKejuruteraan AutomotifTiadaRuang lega di antara rangkaian gear, atau bahagian gear dengan bahagian yang bergerak di dalam enjin.
clearanceruang legaKejuruteraan AutomotifTiada2. Ruang lega: Ruang di antara dua bahagian yang bergerak atau di antara bahagian yang bergerak dengan bahagian yang diam.
valve clearanceruang lega injapKejuruteraan AutomotifTiadaRuang lega yang wujud dalam rangkaian injap apabila injap berada pada kedudukan tertutup.
lashruang lega kecilKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang lega di antara rangkaian gear, atau bahagian gear dengan bahagian yang bergerak di dalam enjin.
valve clearanceruang lega injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang lega yang wujud dalam rangkaian injap apabila injap berada pada kedudukan tertutup.
compensated relief valveinjap lega pampasKejuruteraan Kapal TerbangTiadaInjap lega tekanan minyak yang berinjap laras suhu untuk menurunkan tekanan minyak terkawal semasa pemanasan minyak.
clear span structurestruktur rentang legaKesenianSeni BinaStruktur binaan yang mempunyai jarak rentang atau bukaan bersih yang tidak disokong atau dihalang oleh mana-mana struktur lain. Struktur rentang lega mudah dilihat pada jenis bangunan yang memerlukan ruang atau kawasan dalaman yang lebih luas seperti kilang, stadium dan sekolah.
relieflega; jasad timbul; relief; timbulan; pelegaKomunikasi MassaTiadaTiada
relieflega; jasad timbul; relief; timbulan; pelegaGeografiTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas